Followers

31 May, 2014

KLIA2

Hari ni survey kawasan kat KLIA2. Terlambat sket dari org lain yg dah melawat klia awal bulan may lagi ...hehehe. Rupanya besar juga KLIA2 nih rasa macam masuk shopping kompleks pon ada. Pelbagai kedai ada dalam nih..kedai makanan segera punyalah banyak sebut aje jenis apa ada belaka. 

Tak lama kitorang 'survey2' dalam ni..adalah sejam sebab, hari isnin esok nak hantar abg ipar ke sarawak ikut sini. ..so kene recce dulu takut takut tak jumpe jalan..parking kat mana...check in kat mana..gate mana..so semua dah tau dah ..


hala nak balik, melilau pulak cari tmpt parking kereta..rupanya ada 2 blok untuk parking kereta, yag mula² masuk dari jalan besar tu parking A dan satu lagi parking B. kalau salah tempat maka buang masalah kat situ juga. Lif pon ada masalah. menurut kata pekerja kat situ, lif bermasalah sejak minggu lepas lagi.. so kalau parking tingkat 8, eloklah naik tangga dari tunggu lif..

30 May, 2014

Jalan Jalan Di uptown Dkota

Malam tadi dalam pukul 9 malam, pergi ke Uptown D'kota di kota damansara. dah lama tak berkunjung ke sana sejak adanya projek MRT yang merentas sebahagian tapak pasar malam terbabit.

matlamat utama adalah untuk membeli beg galas (backpack) untuk kegunaan perjalanan minggu depan, memandangkan wife nak juga guna beg galas seperti suaminya yang tegap ini maka terpaksalah beli satu untuknye..hihihi

harga yg dijual pada mulanya adalah rm160. setelah ditanya berapa murah dapat diberi turun RM140. tapi aku buat silap mata, maka harga dapat RM90..(penjual ini percaya kalau tak laku barang yg mula mula dijual, maka kedainya takkan untung malam ni hahahah) ~~alhamduliLLAH.

servey kt internet RM180.00
www.lelong.com.my
mamanya punya dapat beli "salah satu minyak wangi drop" RM45..
Satu kotak untuk mama, satu kotak abahnye :)

Biasalah ada barang abahnya, mesti ada barang Adam. diheretnya kitorang ke kedai mainan yg biasa dia pergi (kuat ingatan Adam ni..dah setahun tak ke sini dia tau mana nak cari)...

helicopter untuk abahnya adam RM50
setelah habis round separuh uptown kitorang mengisi perut di gerai makan berhampiran. perkena nasi kukus ayam goreng yang tak sedap langsung berharga RM6.00, dan sedikit yong tau fu juga tak sedap berharga RM9.00. Milo Ais, fresh orange & teh tarik RM6.50.

rm6.00
setelah makan, kitaorang pusing lagi uptown untuk kali terakhir, Didapati yang meniaga majoriti adalah dari orang seberang. Sebillangan penianga pulak kebanyakan bongkak sombong. kalau kita tawar harga sedikit terus tarik muka, padahal dalam jual beli mesti ada 'tawar harga'.
suasana pulak kotor berbanding uptown 2-3 tahun lepas..

29 May, 2014

Movie: godzilla

Semalam lepas penat bermain 'games' dipusat games dan memperabiskan sebanyak RM8 duit abahnye, kitaorang pon masuk la ke panggung wayang jam 1.10 pm. ingatkan movie dah bermula memandangkan kat tiket tulis pukul 12.45pm. rupanya pukul 1.15pm baru bermula setelah banyak iklan disiarkan menyebabkan Adam tanya banyak kali bila nak mula cerita..Permulaan cerita pon dah kira sedih sebab kiranya mak pada hero (Ford) telah mati dalam eksiden yg tragis. dalam pada tu pon Adam dah banyak soalan dah..takut gak orang depan marah hehehe

Adam jadi ultraman ye bah



Sinopsis Godzilla 2014


Seekor raksasa Godzilla bersama 3 ekor raksasa Muto telah muncul setelah sekian lama bersembunyi untuk beberapa tahun. Salah seekor muto betina telah bunting dan sedang mencari tempat yang sesuai untuk bertelur di samping mencari radiasi nuklear bagi meneruskan kelangsungan kehidupan buat anak anaknya nanti. Raksasa Muto mencari bahan radiasi nuklear di Jepun dan Amerika sebagai bahan makanan.
Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan
Godzila dah macam cerita ultraman
Raksasa Muto mempunyai sayap dan mampu terbang serta memiliki kuasa di mana ia boleh menyebabkan seluruh bandar kehilangan tenaga elektrik (black out) termasuk sistem alat komunikasi dan kenderaan.
Dalam erti kata lain ialah bom EMP (Electronic Magnetic Pulse). Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki bom EMP seperti Amerika dan Rusia. Bom EMP ini boleh menyebabkan seluruh tenaga elektrik dan kawalan komunikasi terpadam dengan serta-merta sejauh 5 batu. 

Manakala Raksasa Godzilla pula mempunyai kuasa untuk mengembalikan tenaga elektrik termasuk sistem komunikasi.Hero dalam filem ini iaitu Ford cuba untuk mendapatkan kembali nuklear yang telah dirampas oleh raksasa Muto. Ini kerana bom tersebut berada di tengah-tengah bandar yang bukan sahaja boleh mengorbankan raksasa Muto malah mengorbankan berjuta-juta penduduk di bandar. Dalam pada masa yang sama, Ford cuba untuk memusnahkan telur telur raksasa Muto dari menetas.

Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan
Godzilla cuba memasuki kawasan bandar
Apakah hubungan raksasa Godzilla dan Muto? Dapatkah ford bersama rakan rakannya mengambil bom nuklear dari raksasa Muto dengan masa yang ditetapkan ke tengah laut? Dapatkah ford memusnahkan telur-telur raksasa Muto hehehe kene tengok ..

Soalan Adam semasa tengok movie nih!

"Abah..mana ultramannyeee"
"erk..."




Bintang Diberi : 7.5 /10

28 May, 2014

Cuti cuti sekoloh

Adam bercuti hari ni. Mamanya kerja seperti biasa. Aku kerja malam. So hari ni ajak adam jalan ronda kt wangsa walk. Agenda utama nak nonton wyang cerita godziela

27 May, 2014

Lastday rupanya

Hari ni adam ada sambutan hari guru di sekolahnya. Jam 6.30am bertolak ke sekolahnya, hari ni naik kereta, maka jammed la jawapnya dari saujana ke subang bestari. Dapatlah berborak dgn adam dalam kereta. Dalam borak2 tu ada cakap " abah, hari ni last adam sekolah kannn" aku cakap "bukan la... hari jumaat ni". Dah hantar adam sekolah..tadi aku check ..cuti sekolah 28hb...hari ni 27hb...ehh..bukan cuti sekolah selalu bermula akhir minggu ker...betul la Adam cakap rupanya...huhuhu

26 May, 2014

1st time

Hari ni saja saja ke mahkamah ...nak tau camner mahkamah bersidang..ternyata macam dalam tv rupanya. ..pesalah akan ditanya bertalu talu soalan yg berputar belit sehingga kita yg mendengarkannya pon rasa macam ntah apa apa..manakala si peguam bela akan habis habisan membela yg didakwa..huhuhu. Tapi itulah caranya mahkamah berfungsi...hehehe

Terjebak

Pada asalnya nak teman abang/uncle/shift-mate ni makan..last2 dgn kita sekali terjebak makan tgh malam...adusss
umurnya dah masuk 55 tahun nih

25 May, 2014

Satey

Balik dari kampung tadi singgah gerai satey milik kawan lama sekolah dulu dulu...dah lama tak jumpa tapi kecanggihan dunia tanpa sempadan nih dah menghimpunkan balik member2 sekolah tahun 89-92 nih...
Satey Kerbau 
Satey Ayam & kerbau
kawan Sekolah lama

Sesekali diuji

Dari semalam rasa tak selesa dah. Malam tadi dah rasa lain macam. Terus beli ubatnya kot-kot makin teruk. Awal pagi tadi terasa sakit bila ia datang. Tapi, bangun pagi tadi, alhamdulillah dah rasa macam okeh...huhuhu

24 May, 2014

Kerja

Hari ni, 'swape duty' dengan 'shift partner'. Dia kerja petang aku ambil kerja pagi...'plan'nya petang nih nak bawak famili jalan-jalan. 
Ke mana? Tak tau lagikk..hehehe
Duty Roaster

23 May, 2014

Galah Yang Dicari

Lepas solat Jumaat tadi, pusing pusing dulu sebelum balik opis di pekarangan Masjid tempat orang menjual pelbagai peralatan & kuih. Dalam masa tu terpandang 'benda' yang wife nak sangat sejak Kpop melanda Malaysia...
galak aka Monopod
harga RM50 setelah merayu dapatlah RM40
Yaaa...itu dia monopod 
atau aku panggil kayu Galah heheeh
....
balik² opis, budak² ajak berselfie pulak
kah kah kah

tengok tuh..suke sangat bergambar hakhakha

Bila Tiba 'Time Rajin'

Pagi tadi sewaktu bersiap²  nak gi kerja, tetiba menjadi rajin... (Adam & mamanya bersiap di tandas tingkap atas, aku lebih suka bersiap²| mandi kat tandas tingkat bawah). Selepas Solat subuh & siapkan diri, aku bersemangat pulak nak buat breakfast. 

Kebetulan semalam semasa balik dari ambil Adam, kitorang singgah kat 7E sebab belikan Adam 'Slurpee', aku lak sambar roti Gardenia. So pagi ni nak buat Roti Roll Sosej Telur Goreng . hahaha..ye ke namanya tuh.

Mula² keluarkan 'Sosej Ramly' dari Freezer, letak dalam Air biarkan ia 'tais'|mencair. sambil tu panaskan minyak dalam 'pan' 
(wifeku berkali² bagi amaran :"Jangan guna 'sodek' besiii, Guna 'sodek' kayu ajee" hehehe).
Kuali kesayangan wifeku...(gambar google)
lepas tu goreng sosej tu sekejap jek..ala ala separuh masak, angkat toskan minyaknya, balut ngan roti (lenyek² & gamkan dengan telur putih tempat sambungannya, kemudian celur ngan telur (+garam sket)  pastu goreng..Siappp!!
kemudian letak bawah kipas meja supaya cepat sejukk....ngeee
Pastikan beli  Sosej jenis Ramly

kemudian Sosej dah habis, roti banyak lagi, so ambil la 'kaya' letak pada roti, kemudia himpitkan dengan satu lagi roti, potong jadi dua bahagian, celur dengan telur kemudia goreng...Siapp..hahaha




Beginilah kalau tiba waktu rajin. 

err..pagi esok nak buat menu apa pulak yekk
kui kui kui

22 May, 2014

Menunggu

Keluar opis pukul 5pm sampai rumah pukul 9mlm...4jam lebih atas jalan dari danau kota melalui mrr2 balik ke saujana utama sg buloh. Kesian wifeku. Sebaik dia 'call ' dlm pukul 6.30pm masih 'stuck' lagi dalam "jammed' terus aku pergi ambil adam kt subang rumah 'transint'nya. Sudahnya aku dgn adam balik dalam hujan sebab naik motor huhuhu.
Sampai ke rumah terus panaskan lauk n masak nasik & goreng telur dadar spesel. Bila isteri sampai tersenyum sebab juadah dah tersedia...hehehe

21 May, 2014

Urut-urutan

Malam ni rasa sakit kat tapak kaki dekat tumit. Wife sarankan urut tapak kaki dengan cara menekan2 kt kepala katil yg berbentuk bulat tuh. Setelah diurut rasa kega sedikit kat tapak kaki belah tumit tuh. Kemudian rasa nak ke tandas...fuhh terasa macam keluar semua angin dlm badan...hahaha

WW: Isu semasa

laporan akhbar

syarat² peratusan cahaya utk tinted

Bantahan

forum

link undang-undang pemasangan cermin gelap | tinted
klik DISINI



kata JINKAMEN:

ada pro ada kontra
tapi kalau diikutkan banyak kelebihannya
hehehe





20 May, 2014

Hari ini punya cerita

Balik dari kerja malam tadi terus balikke rumah. Settlekan kerja kerja mendobi & menjemur terus terbaring atas sofa sambil tengok tv. Tengok cuaca mendung aje..biasanya takkan hujan...
Sedar sedar bilamana ada air tepercik di muka ingatkan apa rupanya hujan lebat melanda...habis basah kunyup baju yg dah kering di jemuran...huhuhu
Ruang tempatku bersantai²

langit gelap

19 May, 2014

GiGi

Balik dari rumah 'transit' terus ke klinik rohaya di kota damansara...

sebenarnya dah lama dia bagitau mamanya rasa sakit gigi..tapi tak bagi mamanya bagitau abahya. Bila abahnya dapat tau pastu tanya, dia cakap 'Adam Ok laa abahh...takde apa apa ponn'.

Risau nanti akan menjejaskan dirinya dalam kelas nanti, pukul 6 tadi selepas selesai 'sekolah agama', terusku bawa ke klinik gigi. Mengikut rekod di klinik, 'last' pergi adalah semasa umur 5 tahun semasa gigi depannya tercabut dari soket setelah jatuh sewaktu berlari. Tahun lepas semasa pemeriksaan percuma tidak direkodkan.

hasil pemerikasaan doktor, giginya berlubang. perlu ditampal.

mama...adam takuttt
doktor 'cun' tengah menyimen gigi, esok abah nak pergi check jugak laaa....lalala

tampal & kosultan : rm45 sahaja
dapat 'free' ubat gigi Colgate saiz sederhana :)
jadilah ..janji tak sakit lagi giginye 

Ikutkan sangat hati

Pukul 7.20 sampai ke pintu pagar sekolah. hantar Adam. selepas lambai² kat Adam hingga 'tak nampak dah'. aku pon terus naik motor. Tiba-tiba, dengar budak nangis². toleh ke belakang , ada sorang dengan ayahnye menangis² menghala ke pintu pagar sekolah. Rasanya darjah 1 kott..biasalah budak kann.. 


Ini hanya lakonan sahaja 

Tapi yang tak ku sangka, ayahnya menarik² 'sideburn' anaknya tuh. tarik dan bawak ke keretanya semula..marah sangat ayahnye tuhh...ermmm nak jek aku tegor..nak bagitau 'biasalah bangg..pujuk² laaa diaa'..tapi kan kita lak kena 'sound' lak...anak akooo ikut akoo arr..bertumbuk la pulokk karang..huhuhhu

Terus ku ingat sewaktu Adam tak mahu masuk ke sekolah dulo dulo. dia nak ke 7E. Aku yg jenis panas baran ni pon cuba fikir rasional walau rasa gak nak marah² tapi aku fikir, mungkin dia nak beli minuman atau makanan untuknya..walau 'time' dah kene masuk sekolah aku mintak kebenaran cikgu yg jaga pintu pagar sekejap untuk bawak Adam ke 7E. bukan apa..biar kita fikir positif jangan Negatif la...ikutkan sangat perasaaan susah jugak..

sedih oo bila nampak budak diperlakukan macam tuh!sob sob sob

pengenalan 'sideburn' orang melayu panggil apa yek ako tak tau hehehe

18 May, 2014

Perjumpaan

Hari ni dibuat perjumpaan penduduk perumahan aku. Mula diberi kunci Feb 2013, hari ni Mei 2014 genap setahun 3 bulan lebih sekiranya sesiapa yang duduk lebih awal di kawasan perumahan ini. Aku sendiri pindah sepenuhnya pada bulan jun 2013, selepas tak sabar-sabar nak duduk padahal nak 'renovate' dulu rumah tuh. Kawasan perumahan ini diduduki majoriti melayu dimana hanya ada 2 rumah berbangsa India, dan 3 berbangsa Cina.

Kehadiran 'meeting' pada hari ini sangat tidak memuaskan kerana penduduk yg dianggarkan 180 rumah dan yang berdaftar dengan "persatuan' penduduk untuk menikmati perkhidmatan sekuriti hanya 130 orang walaupun yang rumah yang sudah 'diduduki' ada sebanyak 160++ dan selebihnya ada yang kosong lagi. yang hadir tidak sampai 50 (tidak temasuk pasangan yg datang).

Justeru, maklumat yang nak disampaikan tidak dapat disampaikan terus. Maklumat berkaitan dengan pembayaran sekuriti yang dikutip RM50 setiap bulan dari bulan 9/2013 tidak ramai yang menjelaskannya, ada yang sehingga bulan ini sudah 7 bulan tidak dibayar. 

Nampak gayanya AJK yg tidak bergaji ini perlu bertindak lagi agresif agar kesatuan ini tidak bubar sepertimana persatuan di kawasan² perumahan yg lain kerana tanpa adanya kesatuan maka tiada seri sesebuah kawasan perumahan.

sebahagian yg datang

Update:
pstt...Aku dilantik jadi AJK Keselamatan...huhuhu

17 May, 2014

Hari ni dia amat gembira

Janji telah ditunaikan
Menjadi Pelukis
Dentist
Buat Biskut
Buat Ais Krim
Doktor
Bomba

dan bermacam lagi tapi dah tak larat nak upload...dari pukul 10pagi sampai 3 petang. Tak berhenti dia mencuba semua 'pekerjaan'. Sampaikan balik tadi boleh tertidor dalam kereta..hehehe

16 May, 2014

Hari guru punya pasal

Malam tadi balik kerja shif petang pukul 8.30 malam terus balik ke rumah. Sampai pukul 9.15pm. Adam dah tunggu untuk bungkus2kan hadiah utk cikgu cikginya. Lepas makan nasik yg dimasak oleh isteri tersayang mula la membungkus hadiah adam sampai kul 11 malam. 

Adam pon tido lewat selalunya pukul 9.30 dah layu.. nak dijadikan cerita pagi ni semua bangun lewat hahaha..so adam tak gi sekolah sebab bangun pon dah pukul 7 pagi..hahahah

apa pon selamat Hari Guru pada semua Guru-guru, cikgu cikgi, ustaz ustazah & sape sape yg sewaktu dengannya.


15 May, 2014

Urut²

Semalam wife mencadangkan beli kerusi urut. memandangkan usia dah nak masuk 40s nih hahaha, badan pon rasa lenguh² dan sengal² sokmo. so, pagi² lagi aku dan usha kerusi urut yg mana satu menambat jiwa nafsu ku...kui kui kui

salah satu yg aku berkenan promosi dari Gintell nih..rasa macam bestt aje..macam keneee ajee...macam banyak kluar RM ajee...(~|~)


Gintell Kerusi Urut

insya ALLAH ada masa nanti nak ke 'kedai' diorang yang berdekatan selagi stok masih ada nih..hehehe

updated:
harga paling murah RM5988.00
mak aiii 3 bulan gaji tuh
huhuhuh

14 May, 2014

Naik

Lepas raya ni Insya Allah Mak abah kat kampong nak buat kenduri Perkahwinan adik yang bongsu sekali. Perancangan nak buat 6 hari lepas raya ditunda kepada minggu ke 3 pada bulan tuh disebabkan takut² bekalan barang mentah tiada atau harga yang terlampau mahal selepas perayaan hari raya.

Apa yang aku cadangkan kepada mak abah adalah untuk membeli & menyimpan dulu barang-barang seperti minyak masak, susu tin dan barang² yg lain difikirkan boleh tahan lama.

Untuk ayam sepatutnya di'tempah' sebulan sebelum kenduri dengan pembekal ayam...Insya ALLAH moga perjalanan kenduri ini dipermudahkan urusannya..aaminn


13 May, 2014

Kifarah

Nak cepat sangat sebab dah janji dgn anak nak ke 'KIDzania'. Habis jek 'duty'terus 'punch out'..terus ke kereta..nak naik jek tengok tayar depan pancit...huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...