Followers

23 May, 2014

Bila Tiba 'Time Rajin'

Pagi tadi sewaktu bersiap²  nak gi kerja, tetiba menjadi rajin... (Adam & mamanya bersiap di tandas tingkap atas, aku lebih suka bersiap²| mandi kat tandas tingkat bawah). Selepas Solat subuh & siapkan diri, aku bersemangat pulak nak buat breakfast. 

Kebetulan semalam semasa balik dari ambil Adam, kitorang singgah kat 7E sebab belikan Adam 'Slurpee', aku lak sambar roti Gardenia. So pagi ni nak buat Roti Roll Sosej Telur Goreng . hahaha..ye ke namanya tuh.

Mula² keluarkan 'Sosej Ramly' dari Freezer, letak dalam Air biarkan ia 'tais'|mencair. sambil tu panaskan minyak dalam 'pan' 
(wifeku berkali² bagi amaran :"Jangan guna 'sodek' besiii, Guna 'sodek' kayu ajee" hehehe).
Kuali kesayangan wifeku...(gambar google)
lepas tu goreng sosej tu sekejap jek..ala ala separuh masak, angkat toskan minyaknya, balut ngan roti (lenyek² & gamkan dengan telur putih tempat sambungannya, kemudian celur ngan telur (+garam sket)  pastu goreng..Siappp!!
kemudian letak bawah kipas meja supaya cepat sejukk....ngeee
Pastikan beli  Sosej jenis Ramly

kemudian Sosej dah habis, roti banyak lagi, so ambil la 'kaya' letak pada roti, kemudia himpitkan dengan satu lagi roti, potong jadi dua bahagian, celur dengan telur kemudia goreng...Siapp..hahaha




Beginilah kalau tiba waktu rajin. 

err..pagi esok nak buat menu apa pulak yekk
kui kui kui

4 comments:

Jari Manis said...

Salam sukaxplo...Wahh...agak susah sekarang nk cari suami yg rajin memasak ni..yg rajin ringan kan beban isteri..Syukur ahamdulilah kepada isteri yg dpt suami mcm ni..wlupun simpe tapi nampak sedap..JM jgk yg malas..nak cari suami yg rajn jgk lah..nanti JM pun akan jadi rajin heeee

Besar pahalanya sediakan sarapan :-)

sukaxplo said...

waalaikummussalam JM

hahaha..ni sekali dalam setahun!

Jari Manis said...

eheheeheh...tak per dari tak ada langsung...mesti si isteri sgt menghargai nya..ke dia jd pelik tetiba je rajin ahakss

sukaxplo said...

JM
hahaha..biasanya hanya goreng² sosej macam tu saje..ari ni jek buat macam tuh :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...