Followers

30 May, 2014

Jalan Jalan Di uptown Dkota

Malam tadi dalam pukul 9 malam, pergi ke Uptown D'kota di kota damansara. dah lama tak berkunjung ke sana sejak adanya projek MRT yang merentas sebahagian tapak pasar malam terbabit.

matlamat utama adalah untuk membeli beg galas (backpack) untuk kegunaan perjalanan minggu depan, memandangkan wife nak juga guna beg galas seperti suaminya yang tegap ini maka terpaksalah beli satu untuknye..hihihi

harga yg dijual pada mulanya adalah rm160. setelah ditanya berapa murah dapat diberi turun RM140. tapi aku buat silap mata, maka harga dapat RM90..(penjual ini percaya kalau tak laku barang yg mula mula dijual, maka kedainya takkan untung malam ni hahahah) ~~alhamduliLLAH.

servey kt internet RM180.00
www.lelong.com.my
mamanya punya dapat beli "salah satu minyak wangi drop" RM45..
Satu kotak untuk mama, satu kotak abahnye :)

Biasalah ada barang abahnya, mesti ada barang Adam. diheretnya kitorang ke kedai mainan yg biasa dia pergi (kuat ingatan Adam ni..dah setahun tak ke sini dia tau mana nak cari)...

helicopter untuk abahnya adam RM50
setelah habis round separuh uptown kitorang mengisi perut di gerai makan berhampiran. perkena nasi kukus ayam goreng yang tak sedap langsung berharga RM6.00, dan sedikit yong tau fu juga tak sedap berharga RM9.00. Milo Ais, fresh orange & teh tarik RM6.50.

rm6.00
setelah makan, kitaorang pusing lagi uptown untuk kali terakhir, Didapati yang meniaga majoriti adalah dari orang seberang. Sebillangan penianga pulak kebanyakan bongkak sombong. kalau kita tawar harga sedikit terus tarik muka, padahal dalam jual beli mesti ada 'tawar harga'.
suasana pulak kotor berbanding uptown 2-3 tahun lepas..

10 comments:

Ibnu Ramli said...

Hehe tu yang best shopping kt uptown tawar-menawar tu mesti ada, kalau tak susah nak dapat customer..

sukaxplo said...

Ibnu Ramli

betul tuh. sebenarnya sebelum ke uptown saya dah pergi ke kedai² yg jual beg. semuanya mahal padahal beg tak original jugak huhuhu

Ema Johari said...

lama tak pergi uptown ni...

sukaxplo said...

Ema Johari
Dah banyak berubah. .tak sama macam dulo dulo...huhuhu

Jari Manis said...

Org luar ke yg jual ke mana pegi nya org kita, dh byk duit kot ke mereka lebih suka membeli dari menjual. Klau dh sombong tu baik jgn masuk kedai org tu. Klau dpt rm90 ok c kit dari rm140 tu still mahal. Buat magic katanya mesti kluarkan ayat pengasih ni larikkkkkk

JM

huhuh sampai 3 kali hantar komen ni kira minat habis laa kat pah cik nih ahaks

selalunye macam tu ar...org kita dapat permit pastu bagi kat org luar yg bisnes. yg sombong & muke tak mesra pelanggan tu sebilangan ajek..dari 10 tu 6 la yg buat hal..hehehe

Tihara said...

apesei tak sedap lansung nasik kukus tu?
ayam dia bapok beso nyer
tapi macam tak garing kan

sukaxplo said...

Tihara

mungkin mulut saya tak 'sedap' kot..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...