Followers

29 May, 2014

Movie: godzilla

Semalam lepas penat bermain 'games' dipusat games dan memperabiskan sebanyak RM8 duit abahnye, kitaorang pon masuk la ke panggung wayang jam 1.10 pm. ingatkan movie dah bermula memandangkan kat tiket tulis pukul 12.45pm. rupanya pukul 1.15pm baru bermula setelah banyak iklan disiarkan menyebabkan Adam tanya banyak kali bila nak mula cerita..Permulaan cerita pon dah kira sedih sebab kiranya mak pada hero (Ford) telah mati dalam eksiden yg tragis. dalam pada tu pon Adam dah banyak soalan dah..takut gak orang depan marah hehehe

Adam jadi ultraman ye bah



Sinopsis Godzilla 2014


Seekor raksasa Godzilla bersama 3 ekor raksasa Muto telah muncul setelah sekian lama bersembunyi untuk beberapa tahun. Salah seekor muto betina telah bunting dan sedang mencari tempat yang sesuai untuk bertelur di samping mencari radiasi nuklear bagi meneruskan kelangsungan kehidupan buat anak anaknya nanti. Raksasa Muto mencari bahan radiasi nuklear di Jepun dan Amerika sebagai bahan makanan.
Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan
Godzila dah macam cerita ultraman
Raksasa Muto mempunyai sayap dan mampu terbang serta memiliki kuasa di mana ia boleh menyebabkan seluruh bandar kehilangan tenaga elektrik (black out) termasuk sistem alat komunikasi dan kenderaan.
Dalam erti kata lain ialah bom EMP (Electronic Magnetic Pulse). Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki bom EMP seperti Amerika dan Rusia. Bom EMP ini boleh menyebabkan seluruh tenaga elektrik dan kawalan komunikasi terpadam dengan serta-merta sejauh 5 batu. 

Manakala Raksasa Godzilla pula mempunyai kuasa untuk mengembalikan tenaga elektrik termasuk sistem komunikasi.Hero dalam filem ini iaitu Ford cuba untuk mendapatkan kembali nuklear yang telah dirampas oleh raksasa Muto. Ini kerana bom tersebut berada di tengah-tengah bandar yang bukan sahaja boleh mengorbankan raksasa Muto malah mengorbankan berjuta-juta penduduk di bandar. Dalam pada masa yang sama, Ford cuba untuk memusnahkan telur telur raksasa Muto dari menetas.

Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan
Godzilla cuba memasuki kawasan bandar
Apakah hubungan raksasa Godzilla dan Muto? Dapatkah ford bersama rakan rakannya mengambil bom nuklear dari raksasa Muto dengan masa yang ditetapkan ke tengah laut? Dapatkah ford memusnahkan telur-telur raksasa Muto hehehe kene tengok ..

Soalan Adam semasa tengok movie nih!

"Abah..mana ultramannyeee"
"erk..."




Bintang Diberi : 7.5 /10

4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xtgk lg..huhu

Jari Manis said...

ahaha...Bijak Adam..kalau dah ada Raksasa ..mesti ada Ultramen ...betul jugak tu heee..mana ultranye nye bah..opss salah..abg sukaxplo heee

kakyon said...

Abah melayan Adam ye..cuti sekolah tengok wayang..

sukaxplo said...

Nuyui a.k.a miss YUI

err..ada cerita baru kt panggung."Maleficent"...lagi best hehehe..

JM
abahnye jawab"ultraman balik ke planet biru/ultra sebab mak dia panggil" hakhakhak

Kakyon
tu ar..minggu depan nak hantar balik kampong membiasakan diri dengan cara hidup kampong pulok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...