Followers

18 May, 2014

Perjumpaan

Hari ni dibuat perjumpaan penduduk perumahan aku. Mula diberi kunci Feb 2013, hari ni Mei 2014 genap setahun 3 bulan lebih sekiranya sesiapa yang duduk lebih awal di kawasan perumahan ini. Aku sendiri pindah sepenuhnya pada bulan jun 2013, selepas tak sabar-sabar nak duduk padahal nak 'renovate' dulu rumah tuh. Kawasan perumahan ini diduduki majoriti melayu dimana hanya ada 2 rumah berbangsa India, dan 3 berbangsa Cina.

Kehadiran 'meeting' pada hari ini sangat tidak memuaskan kerana penduduk yg dianggarkan 180 rumah dan yang berdaftar dengan "persatuan' penduduk untuk menikmati perkhidmatan sekuriti hanya 130 orang walaupun yang rumah yang sudah 'diduduki' ada sebanyak 160++ dan selebihnya ada yang kosong lagi. yang hadir tidak sampai 50 (tidak temasuk pasangan yg datang).

Justeru, maklumat yang nak disampaikan tidak dapat disampaikan terus. Maklumat berkaitan dengan pembayaran sekuriti yang dikutip RM50 setiap bulan dari bulan 9/2013 tidak ramai yang menjelaskannya, ada yang sehingga bulan ini sudah 7 bulan tidak dibayar. 

Nampak gayanya AJK yg tidak bergaji ini perlu bertindak lagi agresif agar kesatuan ini tidak bubar sepertimana persatuan di kawasan² perumahan yg lain kerana tanpa adanya kesatuan maka tiada seri sesebuah kawasan perumahan.

sebahagian yg datang

Update:
pstt...Aku dilantik jadi AJK Keselamatan...huhuhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...