Followers

30 June, 2014

Jubah Adam

Kononnya nak pergi ikut tarawikh, tapi jam 9 mata dah layu...dah nak masuk tido...camner tuh!
Gambar masa menge'test' jubah yg baru siap di kedai pakistan gombak

29 June, 2014

Selalunya

Murtabaklah yang jadi idaman setiapkali nak berbuka puasa. Padahal kalau hari bukan hari puasa ada jual tapi tak de selera nak membelinya. Sekarang harga pon tak macam dulu dulu dah. Tadinyg paling murah RM3.50...ada jugak yg jual RM4.50 tapi saiz sama jek besarnya.

27 June, 2014

Kaki berharga

Tadi waktu pergi ke Giant, di bahagian barang² basah, aku ternampak la satu paket kaki ayam yg dibungkuskan dan siap ada tanda harga lagi...Maka, secara tak langsung, aku teringat lah kisah dulu-dulu, Dimana suatu pagi semasa pergi ke pasar borong Selayang dgn wife ada satu kisah yg aku x lupa.Di tempat 'potong ayam'...sebelahku semasa beli ayam, ada la sorang akak yg pakai baju ala ala nak gi dinner turut meng'order' ayam...berikut adalah perbualannya yg sempat aku rakamkan hihihi
Akak baju baju lawa : abg, potong kecik yek ayam tuh
Abg ayam: ok...kaki nak tak?
Akak baju lawa: euuiiii... (sambil buat muka geli)..taknakkk laaa...buang jekk
Lalu abg tu asingkan ke tepi kaki ayam tuh bungkus dan serahlan pada akak baju lawa tuh...turn aku pulak cakap..
Aku yg hemsem "abg, potong 18 ayam tuh yek.."
Abg ayam:" ok...kaki nak tak?"(ayat yg sama jek hihihi)
Aku yg hemsem: "taruk sekali...yg ada mana mana kaki yg org taknak tu bungkus sekali yek bang..buat sup kaki ayam sodap...kah kah kah"

Tapi tu dulu...10 tahun lepas..sekarang org dah tau keenakkan & kelazatan kaki  ayam tuh...maka aku dah tak dapat la free lagik kaki ayam...terpaksalah membeli juga kalau nak buat sup kaki ayam...

26 June, 2014

Movie : Transformers 4 Age of Extinction


Setelah mem'booking tiket secara atas talian utk tengok cerita ni, akhirnya seawal jam 2 aku berjaya berada di 1 utama. AlhamduliLLAH, parking senang pulak dapat betul2 depan pintu 
masuk tkt 4 aras panggung wayang & boling kat 1utama tuh. sebelum masuk, beli pop corn dulu sebab nak dapatkan magnet kepala 'bumble bee' tu dgn harga RM14.00 termasuk set 3 

Popcorn yg dipaksa beli utk mendapatkannya..huhuhu..Tepat jam 2.40, bilik no 3 dibuka & aku orang no:2 berlari-lari anak (sila jangan bayangkan) utk 'scan' QR code tetapi mesin scan diorang pulak rosak..line yg pakai tiket manual berpusu pusu ramainya org aku & the geng yg pakai QRcode terpaksa tunggu pulak sbb operator tu nak baiki alat, akhirnya kitaorang yang terakhir masuk...hehehe

Tunggu punya tunggu akhirnya jam 3.20 baru cerita bermula...fuhh orang sebelahku dah membebel2 dah sebab terlampau lama termangu menunggu filem bermula. tapi kalau difikrkan semula memang tak patut mula lewat camtu seakan menuggu kapal terbang AirAsia yg delay rasanya...



****************************************
Sinopsi transformers 4 age of extinction


Transformers 4 mengisahkan tentang manusia di bumi memulakan semula kehidupan setelah berakhirnya pertarungan para robot-robot (siri Transformers: Dark of the Moon) 5 tahun yang lalu. Autobots dan Decepticons telah menghilang dari planet ini setelah pertarungan tersebut. Tetapi ada segolongan orang yang tamak & berfikiran nak menguasai dunia ini,cuba mengambil kesempatan dari apa yang terjadi dengan belajar dari kejadian serangan Transformers di masa lalu untuk mengembangkan teknologi baru yang dapat mengawal robot² tersebut. Ada sebilangan robot2 yang telah rosak diambil 'otaknya' dikaji dan di'klon'kan oleh kompeni yg dikuasai oleh org yg mahukan kemajuan itu utk kedamaian bumi sebenarnya tetapi dalam masa yg sama beliau telah 'dimanipulasikan' oleh seorang bekas CIA yg berniat jahat sebetulnya dia ada perjanjian dengan LockDown...Hal ini dilakukan untuk menghadapi ancaman baru, tanpa mereka sedari, Transformers 'purba' (diawal cerita) dari masa lalu yang sangat kuat bangkit dan menuju bumi. Pertarungan epik antara kebaikan dan kejahatan, kebebasan, dan penindasan besar- besaran akan terjadi...(peringkat ni aku tulis aku sendiri tak faham....hahahaha)

Penampilan baru robot dalam seri terbaru Transformers 4 (Transformers Age of Extinction) yakni Optimus Prime akhirnya muncul. Malah, bila masa Optimus Prime dan Bumblebee transform daripada lori dan kereta buruk kepada kenderaan yang lebih mengancam memang superb la ..ni kalau tengok DVD ni mesti aku tengok beberapa kali babak ni...cunn & tak berkelip melihatnya. Optimus Prime versi terbaru memiliki 'design' yang cukup jauh berbeza dari versi Prime di 3 filem Transformers dahulu. Tapi, kaler biru dan merah yang menjadi ciri khas robot ini masih tetap dipertahankan. Lengkap dengan senjata 'pedang' (pastikan ada tengok dari mana dapat pedang itu) yg banyak sangat perubahannya berbanding pedang yg patah pada filem yg lalu..cheeewah!

Cerita permulaannya bermula apabila Cade Yeager (Mark Wahlberg) yang hidup berdua dengan anak 'dara'nya Tessa (lakonan Nicola Peltz) disebuah kawasan rumah ladang yg akan dijual sebenarnya disebabkan kehidupannya sebagai pembaik alat eletronik tidak dapat tampung kehidupan mereka. Pada suatu hari, seperti kebiasaan cerita Transfomer, Cade & pekerjanya ..ala aku lupe namanyeeee...telah 'ter'beli trak yg buruk & usang lagi hodoh berkarat. Dari telahannya, trak itu akan memberi 'tuah' kepada kehidupannya walaupun ianya ditentang oleh anakknya kerana ayahnya menghabiskan duit simpannan utk dia ke kolej..Dan seperti yg selalu diduga diawalnya, trak itu adalah Optimus Prime yg telah menyorok dari pencarian orang-orang Kerajaan (Men in Black) hehehe..bermakna WANTED laa...dengan kebodohan pekerjanya itu..arghh lupe namanye...yg mahukan 'tawaran wang yg besar' oleh kerajaan, maka Cade , Tessa & pakwenya yg tiba2 muncul waktu menyelamatkannya (lakonan Jack Reynor)  telah termasuk dalam senarai buruan oleh MIB itu...

Aksi-aksi mengancam dalam cerita Transformers 4 bermula dari geng-geng autobot dibunuh oleh manusia sehinggalah geng-geng Decepticon pula dihancurkan oleh Dinobot. Aksi-aksi lawan memang non-stop, banyak adengan kereta-kereta yang ranap, dan banyak kereta-kereta baru ditonjolkan malah ada dua kumpulan penjahat yang cuba menghapuskan Autobot.. Satu Galvatron (Megatron yang dilahirkan semula) dan Lockdown.Paling aku suka part Optimus lawan dengan Dinobot bilamana Optimus cuba untuk mengawal geng-geng Dinobot untuk dijadikan geng/sekutu beliau menentang robot-robot jahat tapi itu jam yg terakhir..Jalan cerita Transformers 4 selama 2 jam lebih ini juga memang totally different daripada filem-filem yang sebelumnya. tempoh 2 jam itu menyebabkan aku keluar pukul 6pm dari panggung maka bersesak la aku dalam 'jammed' di LDP meghala ke sgh buloh..

So, rumusan tentang filem terbaru Transformers ni.. Aku boleh bagi 8.5 bintang Dari segi CGi, sound  & lakonan pelakonnya memang tak rugi aku beli tiket awal-awal. tetapi dari segi ceritanya rasa banyak sangat yg karut marutnye dan meleret2 sket. ada juga humor bab bilamana si Cade cuba menghalang hubungan Tess & pakwenya itu & bab lelaki 'botak' & sorang amoi tuh....huhuhu





25 June, 2014

Patut la..

Hari ni semuanya senyum jek org² yg kerja kerajaan kat opis nih. lunch tadi tak ramai makan kat kantin, ingatkan semua berpuasa. rupa²nya hari ni , hari Gaji...huhuhu.

waktu entri ni ditulis, pejabat masih lagi kosong...ermmmm pergi tangkap 'ulor' kott :P
senang kalau macam nih..hihihi
'org' yg ni tak dapat gaji lagik....terkebil² la biji mata...huhuhu

Sepatutnya Sejuk tapi panas

Dah 2 hari terasa bahang dalam bilik tidur walaupun 'aircond' dipasang. Tapi disebabkan cuaca diluar pada siang hari sememangnya panas, maka aku fikirs ebab itulah jugak aircond dalam bilik ni tak terasa sangat sejuknya. Malam tadi, langsung tak terasa akan kesejukkannya. Takkan la panas siang hari melampau sangat sampaikan aircond ni tak sejuk fikirku. Bila dibukakkan penutup aircond tu rupanya penapis dah penuh dengan habuk...hehehee dah setahun tak cuci rupanya.

Cara Servis Penghawa Dingin (basic)
Sebelum pembersihan , pastikan dulu mematikan penghawa dingin daripada bekalan kuasa/soketnya kalau boleh dicabut. Buka penghawa dingin. membuka mungkin dengan menggenggam penutup depan dan tarik ke arah diri sendiri terlebih dahulu, dan kemudian naik keatas.


Setelah dibuka penutup tersebut anda boleh lihat penapis yang perlu dibersihkan Keluarkan sebarang objek yang besar dengan penapis, penapis dan kemudian basuh dengan air suam kalau airpaip pon Ok juga..selalunya aku pancutkan secara laju ke arah bertentangan pada habuk yg teperangkap dalam filter tuh .Jika mahu, filter tu boleh dibersihkan dengan pembasmi kuman kalau ada - Biarkan filter/penapis kering dulu dan kemudian letakkan kembali dalam penghawa dingin. Perhatikan bahawa sesetengah penapis dibuang manakala yang lain hanya dibersihkan dan dibasuh. penapis mesti kering sebelum kembali ke penghawa dingin. Tutupkan tudung dan sedia untuk digunakan. selepas tu lap²kan lah luar aircond tu dengan kain basah supaya takde lagi habuk yg melekat. Bilik pon kene bersih selalu supaya habuk tak banyak sangat teperangkap dalam penapis/filter aircond tuh.

ok dah sejuk kann...kalau tak sejuk juga. itu kene buat yg seterusnya laa..boleh juga buat sendiri kalau rajin la..tapi untuk mudah panggil pakar hehehe; kos selalu untuk selenggara aircond antara RM90-RM150 bergantug kepada jenis pembaikkan & jenis HP aircond tsbt ( pembaikan spt penambahan Gas, ataupon salur tersumbat). sekian

24 June, 2014

Dah sampai

Barang yg ku oder minggu lepas. Harga dalam RM50. Kalau tgk dlm jualan online yg lain lebih kurang harga macam tu jugak. Ni kiranya 'planning' nak sahur esok minuman yg berkhasiat la. ..hahaha..apa jenis minuman yg nak dibuat sila tunggu...muahahaha

Hobi baru

Glider Plane menggunakan bateri boleh didapati di kedai² RC dengan harga bawah RM300.00

SPECIFICATIONS :
* Electric Powered Ni-MH 7.2 V 600mah 
* Material: Plastic And Compact Foam
* Flying time : 15 - 20mins
* 2 Channel Radio
* Twin Motor Pusher
* Assembled: 100 %
* Size: 760mm (Length) x 1060mm (Wing Span )
* Total Weight: 348g
* Suitable for : Beginner, Expert & Intermediate


23 June, 2014

Kenduri

Semalam 22Jun2014, berlangsunglah kenduri yg pertamakalinya dibuat dalam kawasan taman perumahan Sinar dan kali ke 2 kerja gotong royong dibuat utk menjayakankan kenduri ini, setelah yg pertama adalah sewaktu majlis pertunangan anak tuan rumah yg sama. Kenduri kahwin ni adalah projek yg besar di mana ada 10 khemah dan jemputan juga yg ramai jangkaan melebihi 2000 org. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat.
Selamat Pengatin Baru Azwa Isnen & Hilmi Khalid

spesel menu
10 khemah

taklimat utk penanggal penanggah
penulis bersama ketua penanggal ah

22 June, 2014

Pergi SOGO

Untuk beli baju adam selepas merayau2 di kompleks Pertama. Dah banyak gak berubah  tempat nih. Cuma kFC di tepi persimpangan jalan tu masih lagi macam dulu. Disinilah la 1st time makan KFC pada tahun 1998 dulu. Almaklum sampai dari kampung..hehehe

Istana negara

21 June, 2014

Sabtu : berjalan-jalan

Ke kl utk cari tempat buat kad kahwin utk adik. Sudah xplo dlm Internet harga2 kad kahwin,  sekarang ni, nak tengok kt tmpt yg biasa org order iaitu di medan mara sebelah kompleks Pertama. Hajat utama nak buat kad kahwin,  hajat lain adalah utk cari baju raya utk adam di Sogo. Rasanya dah lama tak jejak kaki kt area sini.

Setelah berbincang dgn tmpt buat kad kawin & buat pilihan jenis n kaler kad maka termeterailah perjanjian tempah kad kahwin disitu dgn harga RM1/ sekeping hehehe...yg paling murah 70sen & paling mahal RM5...kira untunglah adik koi sbb abangnya tak ambil yg murah tuh...hihihi

Sabtu : hari sekolah

Tak belajar cuma ambil report card aje. Sambil2 tu berbual pasal pretasi anak kita ada teguran n komplen ke...hehehe

20 June, 2014

Booking dah

Tiket nak tengok transformer utk khamis depan. Seperti biasa booking pakai online jek..kali ni pergi sorang2 aje sbb adam sekolah n mama adam pon kerja...ada nk join?

mudah mudahan dipermudahkan

insya ALLAH 

19 June, 2014

Sakit

Umurnya sebayaku atau lebih 3-4 bulan lebih tua dariaku...38 tahun. tubuhnya tak la besar sangat. Dahulunya sama sama bermain Futsal & badminton. Minggu lepas member opis bgtau dia dimasukkan ke hospital.  Aku cepat2 call dia rupanya dah hari ke 3 masuk di hospital dan hari tu boleh balik dah. aku tak dapat pergi ke rumahnya sebab jauh & tak mahu kacau di berehat. hari ni, dia datang bertugas semula.
Dia keletihana..

hari ini dia datang ke opis dalam keadaan lemah juga.. menurutnya dia dimasukkan hospital disebabkan sesak nafas. bila diperiksa oleh doktor pakar dia didapati sakit jantung. katanya dia tak dapat kenalpasti simpton² sakit jantung sebelum kena. menurutnya juga, akibat selalu minum air banyak juga menyebabkan peparu berair dan pabila peparu tak dapat tampung air yg banyak ia mengakibatkan bengkak dan jantung menjadi lemah.

aku cuba gugel dalam internet dalam berkenaan simpton² sakit jantung dan aku dapat:


Tanda-tanda awal penyakit jantung
1. Sering berpeluh dengan lebat
2. Kesesakan untuk bernafas – Boleh bernafas seperti biasa tetapi akan terasa sesuatu sedang tersumbat di dada atau hidung.
3. Sakit di bahagian dada kiri- Mungkin sakitnya sedikit atau kuat.
4. Sering pening kepala – Terasa seperti semua barang di sekeliling berpusing, bergetar atau goyang.
5. Sering “blank out” – Akan hilang upaya perlihatkan buat seketika, Rasa seperti berada di bilik gelap buat seketika.
6. Sering “blank out” apabila bangun selepas baring atau semasa menunduk untuk mengambil sesuatu dari bawah.
7. Tangan kiri mula sakit, seolah-olah terseliuh  (Peringkat ini boleh dikatakan kritikal).
8. Kalau tangan kiri dah mula sakit selepas tanda-tanda di atas, bererti akan diserang sakit jantung. Perlu periksa dengan doktor secepat mungkin.  

moga kita semua sihat sejahtera & dijauhkan segala penyakit ..aaminn

1st time

Pergi tengok bola kt kedai mamak. Fuhh ni sebab ikutkan kawan2 la. Terpaksalah juga pergi tengok bolo walau tak minat hahahha. Sudahnya 4 gelas teh tarik diteguk padahal setengah jam perlawanan hahhaha

18 June, 2014

Lambat

Hari ni ada orang datang lambat ke sekolah. Bapanya bukan kaki bola pon kalau alasan bangun lewat nak hantar dia sbb tgk piala dunia. Tapi sebab dia bangun n bersiap lewat maka lambat la ke sekolah...hahaha
7.55am Sampai kat sekolah dari jam biasa pukul 7.20am.. boleh lak dia bagitau abahnya sekolah masih lagi tutup & budak2 sekolah tak datang lagi padahal sekolah dah kunci pintu dan murid2 lain dah masuk kelas...dia terkeliru hehehe
dia meninjau² depan pagar sekolah dikatakan masih lagi berkunci hihihi

Cerita lama

Dulu kala masa tahun 80an nak tengok sesebuah movie melayu punya la susah, kene pulak yang baru keluar panggung wayang. 5 tahun kemudian baru dapat tengok kat TV.itu pon waktu 'time' hari raya puasa, raya cina takpon sambutan tahun baru atau merdeka.
TV hitam putih dijanakan oleh Bateri lori...(gambar gugel)

Almaklumlah nak tengok wayang, jauh dari bandar pastu harga tiket pulak mahal..RM3.50 waktu rasanya..mahal oo...hehehe
contoh tiket wayang dulu2 (gugel)

Berbanding sekarang, cerita yg baru jek krluar wayang dah boleh tengok sekejap jek kt asrtro first la...boleh donlod dari web la...dan bukak jek youtube boleh tengok cerita cerita yang terlepas pada waktu dulo dulo.

Aku pulak,  nak sangat  tengok movie2 yg lama..salah satu cerita yang pernah tak dapat tengok kat TV ialah cerita kat bawah nih. Layan sangat..
ngeee....


yang lahir atas 90an taktau kewujudan cerita ini..hehehe

17 June, 2014

Ayam

Balik kampung baru2 ni, pergi xplo blkg rumah mertua tengok2an reban ayam yg baru dibuat dari kayu kayan rumah lama yg dirobohkan. Ayam pulak ada 6-7 ekor bersama anak anaknya menguis2 tanah mencari makanan. 
Projek Belakang Rumah yg dirancang tak terbuat lagi. Agak2 kalau bela ayam khas utk bulan puasa ni ok tak...ngeeeee

16 June, 2014

Tamak

Ada 2 kaunter dibuka. Org tak ramai sgt.Dia duduk ditengah2. Kononnya mana satu kaunter yg habis dulu dia akan pergi. Bila aku tengok jek org didepan aku ( didepannya sbb dia ditengah2) habis berurusan, terus aku ke depan...dia terus merungut2 seakan ayam akan habis...hahaha

Servis

Lagi 2 minggu kita nak berpuasa & sebulan lepas tu nak beraya. post ni kiranya untuk rujukan saya atau sapa sapa nak servis kereta sempena puasa & raya atau pon bila² nak jalan jauh. 
Sebenarnya ni kali ke 2 tulis post ni sebelum ianya jadi 'hang' dan menyebabkan penulisnya terpaksa pergi makan nasik dulu untuk tenangkan hati sebab apa yang ditulis hilang..ngeeeee
servis asas: minyak enjin, penapis udara & penapi minyak; alat bukak oil filter

So, apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan yang mana terdahulu
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km atau 6 bulan yang mana terdahulu. Tapi selalunya bukan diukur dari segi perjalanan odometer sahaja tapi dikiranya juga waktu kita tengah 'warm up'kan enjin atau waktu enjin hidup tapi tak bergerak seperti kat traffic light atau pon tengah tungu orang..

Terkini banyak kes minyak hitam tiruan atau terpakai dijual di bengkel² kereta sebolehnya beli kat stesen minyak utk elak ragu².

2. Oil Filter - disarankan tukar sama seperti minyak enjin tukar sekali .
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)  tapi kalau pakai yang 5k tu elok tunggu 10k baru tukar...beli yang oil filter original

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji. elok check cable plug sekali semasa nak tukar plug nih. 

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok! Dinasihatkan semasa beli tulis la tarikh beli kat atas bateri tu utk tahu jangkaan luput bateri tu - persediaan rm hihihi

5. Timing belt / tali sawat - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.Clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman orang lain, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch! tapi elok check cable cluth juga kekadang boleh adjust lagi cable clucth tuh..

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.kedudukannya dibawah kereta.

8.Air Filter atau Penapis Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapi pada mereka yang tukar kepada  jenis K&;N...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.boleh tukar sendiri sebab kedudukannya diatas enjin sahaja. lebih murah beli di kedai spare part kereta n terus pasang.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau (yg terbaik utk kereta TOYOTA)  60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin tidak cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan berkala atau omputih kata "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...Tapi dalam dunia ni, mana ada yang sempurna..langkah berjaga-jaga ni boleh mengelakkan kita  ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran.

Seeloknya juga bagi para wanita (sebilangan aje) untuk bawa yang tahu pasal selenggara kenderaan atau pon servey / search kat google dulu berkenaan harga barang sebelum buat keputusan menukar sesuatu barang kenderaan. masa ni lah lelaki diperlukan,...ngeeeee 

ok itu jek yg dapat dicedok dari bacaan dalam internet..so lepas ni berkenaan tayar pulak...:)

Hari pertama

Sekolah hari nih. Adam bangun pukul 6.15am seperti biasa berlumba dgn bapanya "sape lambat jadi buaya" dan selalulah abahnya yg jadi buaya (padahal abahnya bangun lagi awal) ngeee.

Malam tadi, masa mengemas buku sekolahnya perasan ada 2-3 latihan lagi yang tak disiapkannya. Subjek Bahasa Melayu ada soalan yang tak dijawabnya, tapi subjek Matematik semua soalan dibuat walau ada juga kesalahan. Pensel² & alatan lain semuanya tersimpan elok. Semasa balik semalam singgah ke pasaraya beli 2 pasang kasut sekolah. kasut sekarang tak berkualiti atau Adam terlampau 'mempergunakannya' sehabis baik taktau la yg nyata kasut tuh dah tak boleh jadi kasut 'sekolah' hehehe

Semasa hantar sekolah tadi, ingatkan Adam lagi, balik kene naik Van Ummi (panggilan pada akak yg bawak van tuh (baru diberitahu tadi, suaminya meninggal hari Jumaat lepas 13/6/2014~Al fatihah).

Gambar semasa ronda² naik train LRT pada minggu lepas

15 June, 2014

Clear

Alhamdulillah jalan karak tak sesak lagi berkemungkinan akan jammed petang nih...hehehe

Psst: abaikan speed yg dipaparkan. .huhuhu

Layan diri

Sebelum mencecah highway karak baik basuh dulu si hitam agar berkilat dan laju bila di lebuh raya hehehe. Rm4 basuh luar sahaja +RM1 utk kilatkan tayar..

14 June, 2014

Kenduri

Alhamdulillah kenduri sambut ramadhan sudah pun sempurna...masa utk mengemas pulak.

Nasik minyak

Hari ni masak nasi minyak utk kenduri utk sambut puasa malam ni.

13 June, 2014

Test

Test dari pahang. Broadband dlow sangat

12 June, 2014

Dah lama dah

Last ride bersama wife 2 tahun lepas.  Pasport pon bakal 'expired' tahun nih. Rasanya sebelum akhir tahun nih nak round 1 semenanjung untuk rekod tahun nih..kalau jadi la...insya Allah.
hatyai

11 June, 2014

Sarapan

Balik kerja tadi tukar shif pulak dengan wife. Enjin kereta tak dimatikan terus aja wife bawak ke opis dia pulak. Sambil menunggu kerja mendobi siap tonton tv dulu. Kemudian Adam turun dari biliknya dan ' request' holicks ais & keropok goreng. Keluarkan keropok dari freezer dan cairkan dgn laluan air paip sambil memasak air. Kemudian pecah2an ais dan pnaskan susu tin yang beku disebabkan lama sangat dalam peti ais. Sudah siap menggoreng dan membacuh air Hohoholicks hidangkan atas meja utk putera  menikmatinya.  Lepas makan ni program menyuruhnya siapkan kerja sekolah. Itu sahaja laporan saya pada pagi ini. Hehehe

Ukur baju di badan sendiri

Lepas habis tengok wayang dengan adam, bawa dia pergi ukur baju dgn mat Pakistan dekat Gombak Setia. Pakistanian nih ada butik baju kat Aeon Wangsa Maju. Cadangnya nak buat Jubah ala ala balik Haji kat Adam nih. Harga upah dalam Rm30 kain sendiri.

Jubah ala ala macam ni ar
(gambar muka dihitamkan takut  ada tuntutan royalti hihi)

10 June, 2014

Movie : How to train your Dragon 2

Hari ni ajak Adam layan movie HTTYD2 dekat wangsa walk...cerita yang menarik untuk bebudak²..penuh warna warni & keindahan alam sekitar. kalau tengok cerita Rio baru ni, macam tu jugak la dalam movie nih..


Sinopsinya
Lanjutan dari filem How To Train Your Dragon yg pertama kini kembali ke episode ke 2 pula. Sesudah lima tahun sejak Hiccup dan Naganya Toothless berhasil bersatu dengan Viking di pulau Berk. Sementara Astrid, Snotlout dan pecahan dari geng penentang naga tetap mengadakan perlawanan. Sifat kebudak²an Hiccup sudah hilang dah dan sudah menjadi dewasa, lasak & tapi tak sanggup lagi memikul tugasan sebagai pemimpin sepertimana hasrat bapanya itu.Manakala Astrid pula telah menjadi wanita yang sangat cantik, jelita & tangkas.
Semasa Hiccup dan Toothless melakukan rondaan & pemetaan pulau, mereka tidak tersengaja memasuki wilayah yang tak di gambarkan dalam peta (orang kedah panggil maps)  dan disana mereka menemui penempatan rahsia iaitu rumah untuk ratusan naga liar dan Dragon Ride. 

akhirnya mereka tertangkap kemudian mereka di selamatkan oleh seorang wanita yang rupanya adalah 
ibunya Hiccup...jeng jeng jengg..ayah Hicup mati? Siapa yang bunuh ayahnya?jeng jeng jengg..Toothless yg bunuh?jeng jeng jeng...ada pula Raja Dragon? jeng jeng jeng....

lapor selepas melayan movie hihiho
Bintang: 8.5/10

09 June, 2014

Adam masuk opis

Selepas selesai mendobi..pergi ke opis pulak. Memandangkan pengasuh adam pon bercuti maka adam kene ikut abah ke opis lah...sebelum ke opis singgah dulu kedai beli makanan kot2 kelaparan pulak. Abahnya takper sebab diet...ngeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...