Followers

27 June, 2014

Kaki berharga

Tadi waktu pergi ke Giant, di bahagian barang² basah, aku ternampak la satu paket kaki ayam yg dibungkuskan dan siap ada tanda harga lagi...Maka, secara tak langsung, aku teringat lah kisah dulu-dulu, Dimana suatu pagi semasa pergi ke pasar borong Selayang dgn wife ada satu kisah yg aku x lupa.Di tempat 'potong ayam'...sebelahku semasa beli ayam, ada la sorang akak yg pakai baju ala ala nak gi dinner turut meng'order' ayam...berikut adalah perbualannya yg sempat aku rakamkan hihihi
Akak baju baju lawa : abg, potong kecik yek ayam tuh
Abg ayam: ok...kaki nak tak?
Akak baju lawa: euuiiii... (sambil buat muka geli)..taknakkk laaa...buang jekk
Lalu abg tu asingkan ke tepi kaki ayam tuh bungkus dan serahlan pada akak baju lawa tuh...turn aku pulak cakap..
Aku yg hemsem "abg, potong 18 ayam tuh yek.."
Abg ayam:" ok...kaki nak tak?"(ayat yg sama jek hihihi)
Aku yg hemsem: "taruk sekali...yg ada mana mana kaki yg org taknak tu bungkus sekali yek bang..buat sup kaki ayam sodap...kah kah kah"

Tapi tu dulu...10 tahun lepas..sekarang org dah tau keenakkan & kelazatan kaki  ayam tuh...maka aku dah tak dapat la free lagik kaki ayam...terpaksalah membeli juga kalau nak buat sup kaki ayam...

4 comments:

Jari Manis said...

Abg yg hencem katanya heee
Kaki ayam buat sup? Mesti sedap kan. Itulah abg yg encem, x semua org mkn kaki ayam tp ramai jugak yg mkn sedap katanya. Klau tanya Jm mkn ke tidak? Biarlah rahsia heeee

Yg pasti jari kaki ayam tu runcing lah seperti jari Jm heeeee perasan x habeh2y

sukaxplo said...

JM
Sedapp buat supp...JM org bandar mana pernah berkaki ayam hihihi..ade kene mengena ker..
Nanti tukar nickname JM...JR, Jejarku Runcing kah kah kah. .

kakyon said...

begitulah kehidupan ini. benda yg dulu2 orang tak hargai..rupanya sangat berharga pada masa kini..

sukaxplo said...

Kakyon
Betul tul...skrang asalkan apa yg boleh jadi RM akan dijual...hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...