Followers

01 June, 2014

Movie : Maleficent

Selepas habis round klia2 kitorang terus ke Space u8 bkt jeluntong.hajat dihati nak ambil pukul 7pm waktu tontonan, tapi memandangkan ianya akam berlarutan melintasi waktu maghrib maka ambil pukul 9pm. justeru itu, masa yang terluang itu dibawa ke surau untuk maghrib dan makan malam.
nak tido la tuh
punya la ramai orang nak menonton cerita ni rupanya, nak membeli 'pop corn' pon terpaksa beratur panjang memakan masa hampir setengah jam jugak. disarankan untuk datang awal membeli popcorn bukan 15 minit sebelum movier bermula. Kehadiran penonton adalah 40% kanak kanak dan harga dikenakan RM14 dewasa RM9 kanak-kanak.

sementara menunggu wayang bermula, adam berurut dahulu.
filem lakonan Angelina Jolie bercerita tentang seorang gadis yang cantik dan mempunyai paras yang menawan yang bernama Maleficent. Awalnya Maleficent adalah seseorang yang baik hati tetapi hal itu seketika lenyap ketika Maleficent harus menjadi pelindung di wilayah setempat. ini kerana berlaku sebuah pengkhianatan besar yang dialaminya sehingga secara langsung merubah Maleficent menjadi wanita yang berhati dingin dan keras. 

 

Suatu ketika Maleficent berperang dengan raja kerana cuba memasuki kawasan tanah lapang miliknya, kemudian demi melepaskan amarahnya dengan peristiwa yang lepas, Maleficent menyumpah puteri raja yang bernama Aurora yg akan berlaku semasa umurnya 16tahun yg akan menyebabkan beliau akan tidur sepanjang hayatnya sehingga bertemu dengan 'cinta sejati'.

ketika itu raja mengarahkan 3 pari² membawa puterinya jauh ke pendalaman untuk dibesarkan sehingga umurnya 16tahun 1 hari. tanpa pengetahuan mereka, maleficent mengentahuinya dan 'monitor' pembesaran puteri Aurora. semasa dalam proses pendewasaan puteri tersebut Maleficent jatuh kasih sayang padanya dan ingin menarik balik sumpahnya tetapi tidak boleh. 
puteri Aurora
Film  Maleficent sebenarnya cerita disney yang berjudul Sleeping Beauty, ianya bercerita tentang dongeng pada zaman dahulu tetapi di ubah sesuai dengan era sekarang tanpa menghilangkan inti dari cerita tersebut.


Bintang Diberi : 8.5/10

3 comments:

Jari Manis said...

Sesuai sgtlah kan time cuti sekolah dorang tayang citer ni. ADAM g tgk wayang x hajak pun auntie Jm tau ni yb nk merajuk nih huhuhu terus lsri maduk dlm lemari. Ehh Jm apa kena mengena nko dgn Adam tu ehehehehe
Ohhhh ini lah citer anak kwn Jm pegi tgk dia cakap malay version not maleficient ahahaha tercengang kami
Baca sinopsis citer cam best plak terutama mibat sama angelina jolie ni tp tiket mahal sgt

sukaxplo said...

JM

hahaha..tu la..kalau cerita macam ni memang Adam suke sangat la..walau tahan mata ngantuk dia tuh, kalau tau JM nak ikut boleh jemput semalam hehehe..harga murah hari Rabu kalau kt MBO..rm9 ajek :)

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Menarik juga... Apa macam ke menonton kat Space U8 nie... Teman biasanya ke Setia City Mall kalau nak menonton movie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...