Followers

26 June, 2014

Movie : Transformers 4 Age of Extinction


Setelah mem'booking tiket secara atas talian utk tengok cerita ni, akhirnya seawal jam 2 aku berjaya berada di 1 utama. AlhamduliLLAH, parking senang pulak dapat betul2 depan pintu 
masuk tkt 4 aras panggung wayang & boling kat 1utama tuh. sebelum masuk, beli pop corn dulu sebab nak dapatkan magnet kepala 'bumble bee' tu dgn harga RM14.00 termasuk set 3 

Popcorn yg dipaksa beli utk mendapatkannya..huhuhu..Tepat jam 2.40, bilik no 3 dibuka & aku orang no:2 berlari-lari anak (sila jangan bayangkan) utk 'scan' QR code tetapi mesin scan diorang pulak rosak..line yg pakai tiket manual berpusu pusu ramainya org aku & the geng yg pakai QRcode terpaksa tunggu pulak sbb operator tu nak baiki alat, akhirnya kitaorang yang terakhir masuk...hehehe

Tunggu punya tunggu akhirnya jam 3.20 baru cerita bermula...fuhh orang sebelahku dah membebel2 dah sebab terlampau lama termangu menunggu filem bermula. tapi kalau difikrkan semula memang tak patut mula lewat camtu seakan menuggu kapal terbang AirAsia yg delay rasanya...



****************************************
Sinopsi transformers 4 age of extinction


Transformers 4 mengisahkan tentang manusia di bumi memulakan semula kehidupan setelah berakhirnya pertarungan para robot-robot (siri Transformers: Dark of the Moon) 5 tahun yang lalu. Autobots dan Decepticons telah menghilang dari planet ini setelah pertarungan tersebut. Tetapi ada segolongan orang yang tamak & berfikiran nak menguasai dunia ini,cuba mengambil kesempatan dari apa yang terjadi dengan belajar dari kejadian serangan Transformers di masa lalu untuk mengembangkan teknologi baru yang dapat mengawal robot² tersebut. Ada sebilangan robot2 yang telah rosak diambil 'otaknya' dikaji dan di'klon'kan oleh kompeni yg dikuasai oleh org yg mahukan kemajuan itu utk kedamaian bumi sebenarnya tetapi dalam masa yg sama beliau telah 'dimanipulasikan' oleh seorang bekas CIA yg berniat jahat sebetulnya dia ada perjanjian dengan LockDown...Hal ini dilakukan untuk menghadapi ancaman baru, tanpa mereka sedari, Transformers 'purba' (diawal cerita) dari masa lalu yang sangat kuat bangkit dan menuju bumi. Pertarungan epik antara kebaikan dan kejahatan, kebebasan, dan penindasan besar- besaran akan terjadi...(peringkat ni aku tulis aku sendiri tak faham....hahahaha)

Penampilan baru robot dalam seri terbaru Transformers 4 (Transformers Age of Extinction) yakni Optimus Prime akhirnya muncul. Malah, bila masa Optimus Prime dan Bumblebee transform daripada lori dan kereta buruk kepada kenderaan yang lebih mengancam memang superb la ..ni kalau tengok DVD ni mesti aku tengok beberapa kali babak ni...cunn & tak berkelip melihatnya. Optimus Prime versi terbaru memiliki 'design' yang cukup jauh berbeza dari versi Prime di 3 filem Transformers dahulu. Tapi, kaler biru dan merah yang menjadi ciri khas robot ini masih tetap dipertahankan. Lengkap dengan senjata 'pedang' (pastikan ada tengok dari mana dapat pedang itu) yg banyak sangat perubahannya berbanding pedang yg patah pada filem yg lalu..cheeewah!

Cerita permulaannya bermula apabila Cade Yeager (Mark Wahlberg) yang hidup berdua dengan anak 'dara'nya Tessa (lakonan Nicola Peltz) disebuah kawasan rumah ladang yg akan dijual sebenarnya disebabkan kehidupannya sebagai pembaik alat eletronik tidak dapat tampung kehidupan mereka. Pada suatu hari, seperti kebiasaan cerita Transfomer, Cade & pekerjanya ..ala aku lupe namanyeeee...telah 'ter'beli trak yg buruk & usang lagi hodoh berkarat. Dari telahannya, trak itu akan memberi 'tuah' kepada kehidupannya walaupun ianya ditentang oleh anakknya kerana ayahnya menghabiskan duit simpannan utk dia ke kolej..Dan seperti yg selalu diduga diawalnya, trak itu adalah Optimus Prime yg telah menyorok dari pencarian orang-orang Kerajaan (Men in Black) hehehe..bermakna WANTED laa...dengan kebodohan pekerjanya itu..arghh lupe namanye...yg mahukan 'tawaran wang yg besar' oleh kerajaan, maka Cade , Tessa & pakwenya yg tiba2 muncul waktu menyelamatkannya (lakonan Jack Reynor)  telah termasuk dalam senarai buruan oleh MIB itu...

Aksi-aksi mengancam dalam cerita Transformers 4 bermula dari geng-geng autobot dibunuh oleh manusia sehinggalah geng-geng Decepticon pula dihancurkan oleh Dinobot. Aksi-aksi lawan memang non-stop, banyak adengan kereta-kereta yang ranap, dan banyak kereta-kereta baru ditonjolkan malah ada dua kumpulan penjahat yang cuba menghapuskan Autobot.. Satu Galvatron (Megatron yang dilahirkan semula) dan Lockdown.Paling aku suka part Optimus lawan dengan Dinobot bilamana Optimus cuba untuk mengawal geng-geng Dinobot untuk dijadikan geng/sekutu beliau menentang robot-robot jahat tapi itu jam yg terakhir..Jalan cerita Transformers 4 selama 2 jam lebih ini juga memang totally different daripada filem-filem yang sebelumnya. tempoh 2 jam itu menyebabkan aku keluar pukul 6pm dari panggung maka bersesak la aku dalam 'jammed' di LDP meghala ke sgh buloh..

So, rumusan tentang filem terbaru Transformers ni.. Aku boleh bagi 8.5 bintang Dari segi CGi, sound  & lakonan pelakonnya memang tak rugi aku beli tiket awal-awal. tetapi dari segi ceritanya rasa banyak sangat yg karut marutnye dan meleret2 sket. ada juga humor bab bilamana si Cade cuba menghalang hubungan Tess & pakwenya itu & bab lelaki 'botak' & sorang amoi tuh....huhuhu





2 comments:

Jari Manis said...

Jm pun x tgk lagi tp dgr khabar x best sgt compare yg first. So cadang tgk kat tv je lah

Jm ni minat citer romantik heeee

kakyon said...

ini filem untuk anak n cucu.nenek2 tak minat kut..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...