Followers

19 June, 2014

Sakit

Umurnya sebayaku atau lebih 3-4 bulan lebih tua dariaku...38 tahun. tubuhnya tak la besar sangat. Dahulunya sama sama bermain Futsal & badminton. Minggu lepas member opis bgtau dia dimasukkan ke hospital.  Aku cepat2 call dia rupanya dah hari ke 3 masuk di hospital dan hari tu boleh balik dah. aku tak dapat pergi ke rumahnya sebab jauh & tak mahu kacau di berehat. hari ni, dia datang bertugas semula.
Dia keletihana..

hari ini dia datang ke opis dalam keadaan lemah juga.. menurutnya dia dimasukkan hospital disebabkan sesak nafas. bila diperiksa oleh doktor pakar dia didapati sakit jantung. katanya dia tak dapat kenalpasti simpton² sakit jantung sebelum kena. menurutnya juga, akibat selalu minum air banyak juga menyebabkan peparu berair dan pabila peparu tak dapat tampung air yg banyak ia mengakibatkan bengkak dan jantung menjadi lemah.

aku cuba gugel dalam internet dalam berkenaan simpton² sakit jantung dan aku dapat:


Tanda-tanda awal penyakit jantung
1. Sering berpeluh dengan lebat
2. Kesesakan untuk bernafas – Boleh bernafas seperti biasa tetapi akan terasa sesuatu sedang tersumbat di dada atau hidung.
3. Sakit di bahagian dada kiri- Mungkin sakitnya sedikit atau kuat.
4. Sering pening kepala – Terasa seperti semua barang di sekeliling berpusing, bergetar atau goyang.
5. Sering “blank out” – Akan hilang upaya perlihatkan buat seketika, Rasa seperti berada di bilik gelap buat seketika.
6. Sering “blank out” apabila bangun selepas baring atau semasa menunduk untuk mengambil sesuatu dari bawah.
7. Tangan kiri mula sakit, seolah-olah terseliuh  (Peringkat ini boleh dikatakan kritikal).
8. Kalau tangan kiri dah mula sakit selepas tanda-tanda di atas, bererti akan diserang sakit jantung. Perlu periksa dengan doktor secepat mungkin.  

moga kita semua sihat sejahtera & dijauhkan segala penyakit ..aaminn

5 comments:

Cikgu Norazimah said...

semoga kita semua kekal sihat hendaknya untuk menjalani ibadah kepadaNya ;)

p/s: klik ascend huawei pagi ni

Cikgu Norazimah said...

semoga kita semua kekal sihat hendaknya untuk menjalani ibadah kepadaNya ;)

p/s: klik ascend huawei pagi ni

sukaxplo said...

CN
aaamiinnn...insya Allah kalau sentiasa jaga kesihatan kann..
:-)

Jari Manis said...

Pohcik nk tahu sekarang ni sakit janutng sudah tidak mengira usia..kawan opis JM ni baru awal 30-an...masuk spital sbb jantung..tanda2 sesak napas jugak..terasa seperti tulang rusuk tusuk ke dada..puncanya dia tak cukup tidur kurang dari 8-6 jam tidur dan makan tidak terkawal..

Mari kita amalkan cara hidup sihat ye Pohcik...Alhamdulillah JM belum ada lagi simpton tu....huhuhu. Nk kahwin dulu biar ada org jaga bak kata pohcik sebelum ni hahahaha

sukaxplo said...

JM
Betul tu JM. Mari amalkan hidup.yg sihay dari aspek rohani & jasmani. Dah dekat bulan poser ni boleh la 'tune' diri kita dari yg tak elok kpd elok.

Ala JM...umur muda lagi..kumpul harta n enjoy puas2 dulu hak hak hak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...