Followers

25 June, 2014

Sepatutnya Sejuk tapi panas

Dah 2 hari terasa bahang dalam bilik tidur walaupun 'aircond' dipasang. Tapi disebabkan cuaca diluar pada siang hari sememangnya panas, maka aku fikirs ebab itulah jugak aircond dalam bilik ni tak terasa sangat sejuknya. Malam tadi, langsung tak terasa akan kesejukkannya. Takkan la panas siang hari melampau sangat sampaikan aircond ni tak sejuk fikirku. Bila dibukakkan penutup aircond tu rupanya penapis dah penuh dengan habuk...hehehee dah setahun tak cuci rupanya.

Cara Servis Penghawa Dingin (basic)
Sebelum pembersihan , pastikan dulu mematikan penghawa dingin daripada bekalan kuasa/soketnya kalau boleh dicabut. Buka penghawa dingin. membuka mungkin dengan menggenggam penutup depan dan tarik ke arah diri sendiri terlebih dahulu, dan kemudian naik keatas.


Setelah dibuka penutup tersebut anda boleh lihat penapis yang perlu dibersihkan Keluarkan sebarang objek yang besar dengan penapis, penapis dan kemudian basuh dengan air suam kalau airpaip pon Ok juga..selalunya aku pancutkan secara laju ke arah bertentangan pada habuk yg teperangkap dalam filter tuh .Jika mahu, filter tu boleh dibersihkan dengan pembasmi kuman kalau ada - Biarkan filter/penapis kering dulu dan kemudian letakkan kembali dalam penghawa dingin. Perhatikan bahawa sesetengah penapis dibuang manakala yang lain hanya dibersihkan dan dibasuh. penapis mesti kering sebelum kembali ke penghawa dingin. Tutupkan tudung dan sedia untuk digunakan. selepas tu lap²kan lah luar aircond tu dengan kain basah supaya takde lagi habuk yg melekat. Bilik pon kene bersih selalu supaya habuk tak banyak sangat teperangkap dalam penapis/filter aircond tuh.

ok dah sejuk kann...kalau tak sejuk juga. itu kene buat yg seterusnya laa..boleh juga buat sendiri kalau rajin la..tapi untuk mudah panggil pakar hehehe; kos selalu untuk selenggara aircond antara RM90-RM150 bergantug kepada jenis pembaikkan & jenis HP aircond tsbt ( pembaikan spt penambahan Gas, ataupon salur tersumbat). sekian

4 comments:

Jari Manis said...

rumah org itue ada aircond..umah kami guna kipas jewww

worldxplo said...

JM
hihihi...takper...pakai kipas boleh menyelamatkan ozon dari menipis...kiranya JM wakilkan pohcik laa sebagai ahli wwf...hihihi

Myra Jay said...

TQ sharing.. senang buat sendiri cuci mencuci ni..

Memang membahang je dengan suhu yang panas sekarang ni

sukaxplo said...

MJ
betul tuh MJ. selagi boleh buat sendiri/DIY baik buat sendiri kalau tak reti sangat baru panggil yg expert..ye dok? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...