Followers

16 June, 2014

Servis

Lagi 2 minggu kita nak berpuasa & sebulan lepas tu nak beraya. post ni kiranya untuk rujukan saya atau sapa sapa nak servis kereta sempena puasa & raya atau pon bila² nak jalan jauh. 
Sebenarnya ni kali ke 2 tulis post ni sebelum ianya jadi 'hang' dan menyebabkan penulisnya terpaksa pergi makan nasik dulu untuk tenangkan hati sebab apa yang ditulis hilang..ngeeeee
servis asas: minyak enjin, penapis udara & penapi minyak; alat bukak oil filter

So, apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan yang mana terdahulu
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km atau 6 bulan yang mana terdahulu. Tapi selalunya bukan diukur dari segi perjalanan odometer sahaja tapi dikiranya juga waktu kita tengah 'warm up'kan enjin atau waktu enjin hidup tapi tak bergerak seperti kat traffic light atau pon tengah tungu orang..

Terkini banyak kes minyak hitam tiruan atau terpakai dijual di bengkel² kereta sebolehnya beli kat stesen minyak utk elak ragu².

2. Oil Filter - disarankan tukar sama seperti minyak enjin tukar sekali .
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)  tapi kalau pakai yang 5k tu elok tunggu 10k baru tukar...beli yang oil filter original

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji. elok check cable plug sekali semasa nak tukar plug nih. 

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok! Dinasihatkan semasa beli tulis la tarikh beli kat atas bateri tu utk tahu jangkaan luput bateri tu - persediaan rm hihihi

5. Timing belt / tali sawat - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.Clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman orang lain, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch! tapi elok check cable cluth juga kekadang boleh adjust lagi cable clucth tuh..

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.kedudukannya dibawah kereta.

8.Air Filter atau Penapis Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapi pada mereka yang tukar kepada  jenis K&;N...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.boleh tukar sendiri sebab kedudukannya diatas enjin sahaja. lebih murah beli di kedai spare part kereta n terus pasang.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau (yg terbaik utk kereta TOYOTA)  60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin tidak cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan berkala atau omputih kata "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...Tapi dalam dunia ni, mana ada yang sempurna..langkah berjaga-jaga ni boleh mengelakkan kita  ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran.

Seeloknya juga bagi para wanita (sebilangan aje) untuk bawa yang tahu pasal selenggara kenderaan atau pon servey / search kat google dulu berkenaan harga barang sebelum buat keputusan menukar sesuatu barang kenderaan. masa ni lah lelaki diperlukan,...ngeeeee 

ok itu jek yg dapat dicedok dari bacaan dalam internet..so lepas ni berkenaan tayar pulak...:)

8 comments:

kakyon said...

Akak ni tshu bawak kete jer..yg lain2 en.somi yg buatkan..

sukaxplo said...

KakYon
hehehe..tapi selagi akak pandai isi minyak insya ALLAH sampai rumah....ngeeeee \gurau kak/

Jari Manis said...

Ni entri paling psnjang Jm pernah baca, baru je servis keta 2 hari lepas

sukaxplo said...

JM
Hihihu...ye ker...bukan entry JM ker yg panjang hihihi

Cikgu Norazimah said...

hantar kedai jer kalau nk servis..hehe

sukaxplo said...

CN
hantar kedai kene tunggu n tengok apa yg diorang buat. nanti dia kata tukar tapi tak tukar pulak, mintak bukti ditunjukkan alat yg rosak diambil dari stor. ramai member pompuan dah kene )

:: Cik Viva :: said...

Terima kasih share info ni, kena note apa yg patut pompuan tahu pasal keta..sebab asal g servis je macam2 dorang suh tukar..

sukaxplo said...

Cik Viva
betul tuh..kekadang lelaki pon sama..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...