Followers

31 July, 2014

Cuti cuti tahun 2015

Berita baik utk yg suka berjalan jalan atau mengembara. Boleh la kumpul duit dari sekarang atau tempah tiket flight. Hehehe

Raya ke 3: hujan

Sepanjang perjalanan balik dari kl ke temerloh hari ni cuaca hujan di sepanjang jalan. Alhamdulillah selama ni hujan tak turun berhari hari menyebabkan cuaca panas mengeringkan rumput2 & pokok2 dan jerebu pon makin teruk. Allah maha mendengar dan penyayang terhadap makhluknya.

Di highway karak tadi terdapat 2 kemalangan yg berlaku. Semalam semasa balik ke kl sebijik kereta berpusing didepan mataku diseberang jalan menghala ke ke karak. Ramai mengesyaki area karak khasnya jalan kt Sungai Dua tu ada pihak yg tak bertanggubgjawab meletakkan minyak di jalan tersebut. Bila hujan jalan akan licij disebabkan minyakntersebut. Ini dikuatkan lg dgn kehadiran kereta tow truck sebaik sahaja kemalangan berlaku. Yang menghairankan sekiranya isu ini betul kenapa pihak berkuasa aka polis tidak mengambil tindakan atas pihak tidak bertanggung jawab tersebut kerana  ini memperjudikan nyawa pengguna jalanraya highway karak....

Walaubagaimanapon, sebagai pemandu kita harus berhati hati & alert.  Fokus pada pemanduan dan ikut peraturan jalanraya insyaAllah akan selamat. Kalau cegah tapi jadi jugak kemalangan maka redho ajek la...insya Allah ada lah hikmahnya..

30 July, 2014

raya ke 2;Evoku disondol

Kejadian masa otw nak balik ke opis di kl selepas hantar wife ke kpg..utk tugasan malam ke 2. Hari ni pon dah jammed teruk dah selepas tol bentong pahang. 

Tengah syok syok melayan jem, tertiba 'gedebuk' bunyi kt blkg keretaku. Nasib baik tengah tekan brek kuat2. Kalau tak aku lak yg langgar org depan.. dengan muka tak puas hati, aku psg lampu hazard keluar dari kereta, tengok bumper belakang evoku itu...nasib baik takde apa..tapi aku tak puas hati juga  lalu aku keluar sterenglock dibonetku sebab apa dia boleh langgar aku, sedangkan keretaku ada lampu brek 4 biji tuh...mesti tengah main wasap, takpon nak cucuk cucuk sangat bontot 'Evo" aku nih..aku tenung org yg bawa kereta tu..dia sengih sambil angkat tangan.aku buat geleng2 kepala tanda tak bagus...taknak menyebabkan jammed lagi dan pekara tu takde apa sgt aku pon redha ajek lah taknak panjang²kan cerita...aku teruskan perjalanan..
2015LT: Jammed selepas Tol bentong hala ke KL
jangkaan sampai ke opiskul 1015pm..tapi aku sampai 9.50pm hehehe
kereta yg melanggar bontot Evoku :)

29 July, 2014

Raya 1: solat Sunat Aidil Fitri Bersama

Alhamdulillah dapat solat sunat aidilfitri lagi tahun nih. Tahun nih dapat pergi bersama mak abah dan wife...

jam 5pm, terus balik ke KL kerana terpaksa bertugas..huhuhu. 

28 July, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Selamat hari raya pada semua bloggers yag  mengunjungi blog pohcik ni yg tak seberapa nih. Moga Raya ni membawa sejuta kerahmatan pada semua. Ampun maaf sekiranya ada salah silap saya pada semua. Moga silaturahim di alam maya ini menghasilkan yang terbaik untuk semua. selamat beraya dah berhati-hatilah walau dimana berada. Assalammualaikum

26 July, 2014

Bunga api

Lagi 2 hari insya Allah kita akan menyambut raya aidilfitri. Rumah belum disiapkan lagi utk sambut lembaran tahun ini. Cukup sekadar yg ada je..
Malam tadi berkesempatan bermain bunga api dgn anak yg sulong. Bungai api beli di pasar ramadan 2 kotak RM15. Ada sebanyak 100pcs dlmnya. Zaman abahnya dulu2 main bunga api tangkai besi cap Kepala kucing hitam ajek 10posen dapat 20pcs. Main pusing2 rumah sampai letih.  

Kesian pulak kt Adam, sebab terpaksa main sorang2 memandangkan anak2 jiran sebelah, semua dah balik kpg. Yang tak suka dgn bunga api jenis nih adalah asapnya yg terlampau byk macam org sembur Fogging pulok..utk jauhkannya, elok disuruh anak bermain bunga api dgn mengikut arah tiupan angin jadi, supaya asap tidak tetkena muka dan disedut oleh anak anak kita.kita kena kawal la anak anda supaya jauhkan asap tersebut kerana boleh membawa batuk batuk. Dan kawalan juga utk tidak biarkan anak2 bermain di jalan laluan kenderaan.

Sabtu : seperti biasa lee

Kalau tiba aje musim perayann, tak kira raya sape pon...cine, india, melayu...maka kita akan tahu jalanraya satu negara akan hadapi kesesakan yg amat teruk. Tanpa perancangan yg betul, maka menghadap jammed la nampaknya....huhuhu
keadaan semasa, jammed ke utara
keadaan semasa, jammed ke timur
keadaan semasa, wasap dari member yg lekat dalam jem
wasap dari sedara; berjam² lekat dalam jammed
selain itu, pastikan kenderaan kita dalam keadaan amat baik. tayar diisi angin, minyak penuh tangki, duit tol cukup, makanan & minuman ada dalam kenderaan, bagi yg ada anak, pastikan susu mencukupi, bantal & tilam ada dalam kenderaan. Dan yang penting..niatkan dalam hati perjalanan ini adalah kerana ALLAH swt. 

jangan ikut kenderaan depan terlampau dekat, dan jangan gunakan gajet canggih anda sewaktu kenderaan bergerak. pastikan semua pancaindera anda juga dalam keadaan baik & sihat. sekiranya mengantuk, bagilah co-pilot utk memandu sekiranya tiada, adalah lebih baik cari tempat selamat utk berhenti & tidur sementara.

semoga perjalanan kita semua selamat dan terhindar dari malapetaka ~nauzubiLLAH~. Ingatlah orang tersayang dalam kenderaan & yang menunggu kita di destinasi ditujui, Pandu Cermat Jiwa Selamat.. !!

Selamat hari Raya; maaf zahir & batin...

25 July, 2014

Iftar: kapal laut atas darat

Setelah habis berjalan-jalan sekitar jalan TAR, jam sudah 6.30pm. Melilau utk cari tempat berbuka puasa. Nak balik ke rumah memang tak dapet la..sebab 'jammed' teruk sudah. Maka buat keputusan utk makan di sini sahaja memandangkan budak yg puasa 21 hari ni 'request' nak makan 'western food'.
abah dan anaknye
ma dan anaknya
menunggu
anaknya yang ambil gambar
makanan anaknye

Jalan jalan di KL

Semalam selepas selesai mengambil kad kawin adik yang dah siap cetak di Medan Mara, kami terus pergi berjalan2 di jalan TAR. Hajat dihati mahu beli songkok dan samping. Oleh itu, berjalanlah  kami 3 beranak di sepanjang TAR yg dipenuhi dgn ramai org. Pelbagai jenis org dan ragam manusia dapat dilihat. Seronok jugak cuci cuci mata hihihi..

mencari ikan Bawal
ramainya orang
orangnya ramai
Lepas shopping, dapat apa yang dicari
kami pon bergerak menghala ke SOGO/PERTAMA
di situ ada kumpulan 'busking'
pemuzik cacat penglihatan
kami pon melayanlah perasaan sambil mendengar 
nyanyian mereka..

Busking 
lihat tu, Adam kalau jumpa busking

24 July, 2014

Kad raya pertama

Terima kasih JM. Balik tadi bukak je peti pos tengok2 ada sepucuk surat putih. Bukak2 sampul terharu pohcik sbb ada kad raya utk pohcik dan angpow raya utk Adam. Selamat hari raya juga utk JM...walau nama sebenar taktau..berhubung di alam maya nih..terima kasih jadi kawan pohcik.jemput tau datang rumah, alamat dah ada tuh...bukan jauh pong Pj ngan SU nih..mmuahahaha
siapa JM..meh pergi ke blognya yg best nih.
http://jarimanistravel.blogspot.com
kalau nak gi jalan jalan obersi boleh laa lawat blognya :) lengkap dengan pelbagai maklumat yg diperlukan :
Terima kasih banyak2 JM :))

Iftar: Ikan Bakar Jeram KS

Dah lama mengidam nak makan kt sini. Hari mula pergi hari tu terperangkap dalam jammed, kebetulan time orang opis balik kerja,  terus buat uturn balik rumah. Semalam nekad pergi jugak takut kempunan tak dapat makan ikan bakar disini.. hihihi. Perjalanan 45minit dari rumah sampai destinasi pukul 6.50pm. terus pergi dapatkan meja memandangkan masih ramai lagi yang datang. selepas tu, terus pergi menempah ikan, udang, sotong . Ketam pon ada tapi cukup la apa yang dah ada :). Selepas menempah, akan diberi no tempahan. Untuk tempahan air, & lauk pauk yang, pelayan akan datang untik mengambil order tersebut. 
sebahagian ikan yg diorder utk ditimbang
no tempahan
Semalam tak lama sangat menunggu, hampir nak berbuka puasa, hidangan pon dah lengkap tersedia. sambil-sambil menunggu, boleh melawat kawasan sekitar di sekeliling restoran. Di situ juga ada taman permainan utk kanak-kanak.
pemandangan di tepi restoran
hidangan spesel :) gambar ikan lupa nak ambil hihihih
harga
hampir semua meja, penuh dengan pelangan. dan semuanya dapat apa yg diorder menandakan perkhidmatan yg disediakan tepat dan cepat. insya ALLAH akan datang lagi ke daerah ini untuk perkena ikan bakar lagi :)

23 July, 2014

Terkenang: Orang kita

Tengah duduk bekerja dalam opis ber ekon n berkerusi empuk nih teringat masa kerja di lapangan...cheeewah macam jebon pulak. Iaitu masa, masuk  hutan  (lokasi dirahsiakan) utk memasang satu alat di puncak bukit dalam hutan tebal di utara Malaysia.  Hutan tebal dan tiada jalan yg 'jelas' utk naik ke puncak memaksa kami meminta pertolongan dari org2 'kita' yg ada disana.

Dengan pertolongan tok batin yg dikenali dgn nama Tok Abu, dan seramai 7 orgnya yg sanggup naik ke puncak bukit  dan merendah hutan tebal. Antara tugasnya adalah membuat ruang jalan dan mengangkat peralatan yg berkilo2 beratnya ke puncak bukit. Sebenarnya, mengikut Pak Abu ramai orgnya tak sanggup ikut bukan kerana tak larat mendaki bukit tsbt tetapi kebanyakkan mereka takut pada Harimau (disebut sebagai kawanku (maybank) dan 'org kuat' aka Gajah yg berada di dlm hutan tuh. Memang benar, sepanjang perendahan hutan tu terdapat kesan tapak kaki sang rimau dah kesan lenyekkan pokok oleh sang gajah...

BERsambung..huhuhu
orang kitak: Pak Abu berbaju putih bersama 7 anak buahnya
mendaki bukit sambil mengangkat barang

22 July, 2014

Kasihan

Otw nak ke tempat kerja (malam) ni tadi, singgah kejap kt kedai Speed99 belikan berus lukisan yg Adam pesan. Sewaktu beratur utk bayar belian, sorang budak kecik berumur 3 tahun (kot) dgn ibunya berada barisan depan sekali dan aku org yg ke 4. Sehabis ibunya membayar, anak keciknya itu mengambil snek coklat 'kekberi' tapi ibunya melarang. Anaknya menangis2 hendakkan snek coklat tuh, agaknya ibu tu rasa malu sebab ramai org memandangnya, terus menarik kasar lengan anaknya sampai tercampak snek yg diaorang. Anaknya melalak. Aku amat marah tapi diam, aku memerhati mereka berjalan keluar menuju ke motor, ayahnya tunggu diatas motor. Sesampai aku di cashier, aku capai 'kitkat' tujuan nak bagi kt budak tuh. Cashier pulak buat leceh daaa...ambil masa pulak mengira n bergurau dgn partnernya. Dah settle, kluar dari speed 99, mencari2 budak ngan ibunya tuh...diorang dah takde...

Maka pagi karang, bersahurlah aku ngan kitkat.....

Nak raya belaka

Rasanya, sebilangan dari kita dah takde mood nk bekerja dah. Semua dah fikir pasal raya. Hari bila nak balik..apa yg nak bawa balik...dengan siapa atau apa nak balik beraya..baju raya dah ok ke..kereta dah servis ker...semua berlegar dalam fikiran ..iye dokk...

Macam aku pulak, persoalan besarnyee...boleh balik beraya kerr...huhuhu...kerja di tempat yg ada kepentingan negara nih..taggungjawab sememangnya amat besar. Nasib baik punyai wife yg faham dan tau camner tugas sang suami.
Setelah berdiskas dgn gengs yg lain, kebetulan sorang staff bukan muslim maka tak dapat tidak aku terpaksa kerja malam 2 malam berturut2 di malam raya 1 dan ke 2. Bermakna, selepas jam 6pm aku kene bergerak dari pahang terus ke opis dan pagi esoknya seleops jam 9am bergerak srmula ke kampung

Persoalannya: nak guna evo ker si kuning?? Hihihi

21 July, 2014

Baju raya

Dah test baju raya, kot2 ada yg tak kena sempat lagi nak berlari ke jalan TAR utk.cari yg lain...hihihi

Ini Baru Raya!

iklan raya RTM kali ni memang BEST!..
kalau diamati sememangnya dah berlaku dalam masyarakat kita
Pernah terjadi, dekat satu restora, satu famili 5 beranak duduk kat satu meja, ayah, ibu, seorang anak lelaki umur dalam 15 tahun, sorang anak perempuan umur dalam 13 tahun, dah sorang anak kecil umur dalam umur 4 tahun, selepas buat tempahan aje, semua belek gajet masing² sehinggalah makanan sampai pon masih lagi merenung gajet.,kecuali anak yang umur 4 tahun tu dibiarkan sahaja. Sampai satu masa, anak yg berumur 4 tahun tu beredar, menuju keluar dari restoran dan berjalan di kawasan 'parking'. kebetulan ada sebuah kereta nak mengundur masuk parking, nasib baik ada seorang kakitangan restoran tu, menarik tangan & menjerit pada kereta tu, terkejut dengan jeritan tu, barulah famili tu kelam kabut mencari anaknya itu...

Harap² iklan sebegini dapat beri kesedaran kepada kita semua semasa hari bersama famili, kawan² & anak sedara nanti..kalau boleh saat bersama famili ini jadikan saat berharga..bukan selalu kita dapat bersama.

20 July, 2014

Ahad : pasar Ramadhan

Menunaikan permintaan si budak kecik yg dari semalam mahu pergi ke pasar ramadhan aka PAram di kawasan rumah tuh.  Untuk rekod, ini adalah kali ke 3 kitaorang membeli belah di Param nih, kali 1 & 2, setiap kali Budak kenek ni beli barang, aku bawakan plastik begnya, kali ni aku tak mahu pegang dah barang2 yg dibeli olehnya, sebab kalau pegang apa yang dibelinya, dia akan membeli lagi apa sahaja yg tetlintas dimatanya sehinggakan masa nak balik tu penuh satu kerusi belakang kereta tu dek barangnya sahaja..huhuhu.  Akhirnya tadi, bila dia rasa plastik beg yg dibawanya berat, dia mintak balik ke kereta dah...hihihi...

Sahur

Jam pukul 3.30am. Mata tak ngantuk lagik. Selalunya pukul 11pm dah mula ngantuk. Tetiba rasa nak makan pula mee goreng mamak. Terus ke kedai mamak perkena teh dgn mee goreng...

Oo patutlah tak ngantuk, tido siang hari tadi...sbb kerja malam..ngeeee

19 July, 2014

Sabtu: hari tolong 'ma'nya di dapur

Tugas adam pagi ini adalah mengacau mamanya membuar kuih raya. Menolong sebenarnya tapi kebanyakkannya nampak nak bermain2 aje...hehehe..

iftar : makan sorang

Disebabkan kerja sampai ke malam..maka terpaksa berbuka sorang2 tanpa famili kt luar..

18 July, 2014

MH17 : al fatihah & takziah

~Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam tadi..

Takziah diucapkan buat keluarga mangsa yang terlibat di dalam nahas pesawat ‪#‎MH17‬ .
Al-Fatihah buat ruh mereka yang beragama Islam. Dan kita sama-sama berdoa agar Allah swt memelihara Malaysia dari sebarang anasir jahat serta di pelihara dari ancaman musuh.


Pasport rakyat Malaysia & lain² - sumber gugel

sebahagian nama penumpang MH17

pengesahan
kene kerja lebih

status member ingatkan dalam MH17, rupanya hari esok baru balik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...