Followers

16 July, 2014

Iftar : jamuan bersama penduduk setaman

Alhamdulillah semalam projek gotong royong membuat bubur lambuk dan memasak makanan utk berbuka puasa telah berjaya dilaksanakan. hasil kerjasama penduduk, program bermula seawal jam 7pagi dengan aktiviti tadarus al Quran oleh kaum muslimah kemudian disusuli aktiviti menyiapkan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk dan lauk pauk utk berbuka puasa mulai jam 11pagi.
sebahagian para² isteri
Sang suami membungkus bubur utk diagihkan kpd semua penduduk
Jam 4.00 petang, bubur lambuk siap dimasak. dibungkus dan diagihkan kepada semua penduduk di kawasan perumahan.
100kg beras 
masak bubur lambuk
pada pukul 6.45pm pula, majlis tahlil & doa selamat bermula dan jamuan berbuka puasa pada masuk waktu berbuka disusuli solat berjemaah Maghrib. 

Projek Bubur Lambuk & jamuan berbuka puasa penduduk ini adalah idea pengerusi Biro Sosial & Kebajikan Penduduk dan dananya adalah dari sumbangan & kutipan penduduk  setempat. walaupun tak ramai yang datang ekoran kerana hari cuti Nuzul Quran ramai yang berkesempatan membeli belah untuk hari raya & ada yang berbuka puasa di luar bersama famili tetapi tidak menjadi halangan & berjaya dilaksanakan tanpa masalah. AlhamduliLLAH

8 comments:

Jari Manis said...

aktiviti begini elok di masukkan ke dalam calendar aktiviti tahunan kan Pohcik..boleh eratkan hubungan silaturrahim

Mana Pohcik nyer...ingatkan jadi tukang kacau bubr lambuk tu..rupanya tukanga mbik gambo je ek eheeh

sukaxplo said...

JM
insya ALLAH..memandangkan mendapat sambutan, ianya akan jadi acara tahunan..next, sambutan open house aidilfitri beramai² pulok..huhuh

Pohcik jadi kameremen la JM wehh..hihhi

Myra Jay said...

Alhamdulillah, bila ada aktiviti macam ni mengeratkan silaturrahim jiran setaman..

sukaxplo said...

MJ
betul tuh..walaupon ada jugak yg mengelak utk bercampur, tapi fikir positif jugak utk adakan macam2 aktiviti untuk kesan jangka panjang

Eye_nee said...

Tidak mengapa pada yg mengelak utk bercampur tu..bersangka baik sahaja kan geng..jiran kita adalah saudara kita yg paling dekat..jgn mnegabaikan aktiviti sebegini..satu hari nnt pasti kita perlukan mereka disaat musibbah melanda..

sukaxplo said...

Eye_nee
Betul tu gengs. walau camner senang sekali pon takkan ku lupe pesan ibubapaku, berbuatlah baik sesama manusia, lembu pegang pada janji manusia pada janji & sket2 lama lama jadi bukit..
err

kakyon said...

taman perumahan lama akk pun camni. projek bubur lambuk dah jadi aktiviti tahunan di bulan ramadhan..

sukaxplo said...

Kakyon
bestkan kakyon selain merapatlan silaturrahim sesama jiran. bukan kat kampung setiap hari boleh bertandang kat rumah jiran lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...