Followers

13 July, 2014

Movie: Dawn Of The Planet Of The Apes

Tanpa diplanning,  dimana tujuan asalnya adalah untuk mengambil barang dari penjual online di puncak Alam...selepas itu kereta terus bergerak menuju je space U8 tanpa tujuan. Teringat trailer movie Dawn Of The Planet Of The Apes (DOTPOTA). Langsung dipelawa wife &Adam utk menontonnya dan amat dipersetujui mereka..maka kami menonton lah cerita tersebut walau masuk lewat 10minit cerita dah bermula...
tak pakai tiket free sbb MBO punye
bengis tak
Filem ini adalah lanjutan dari filem pertamanya pada tahun 2011 yang berjudul Rise of the Planet of the Apes dan diadaptasi dari sebuah Novel karya Pierre Boulle yang berjudul Planet of the Apes. 

Caesar (Andy Serkis),ketua puak beruk yang berkahwin dengan Cornelia (Judy Greer) dan memiliki seorang  anak lelaki bernama River (Nick Thurston) juga termasuk Karin Konoval sebagai orangutan (borneo mari ni) yang nampak lemah tapi akalnyacerdas, Maurice dan Toby Kebbell sebagai fierce, juga yang bermuka hodoh dan bermata satu Koba. Koba mempunyai sejarah hitam dengan manusia, dimana dia pernah dijadikan bahan ujikaji makmal..badan & kepala dibedah untuk kajian, memang dia amat marah dengan manusia kerana menyeksanya dahulu sebelum diselamatkan oleh Caesar. Caesar pula kalau diikutkan cerita dari sebelumnya adalah beruk peliharaan manusia yang amat bijak & amat sayang kepada manusia.

Sinopsis Film Dawn Of The Planet Of The Apes
**************************************
Sepuluh tahun setelah terbebas dari belenggu sebagai haiwan ujian makmal ,beruk² semakin bijak dan berkembang pemikiran mereka. Mereka membangunkan koloni dan membesarkan anak-anak kera dengan penggunannan pengetahuan yang mereka belajar dari manusia. Pada dinding-dinding batu, beruk² ini menyatakan sumpah keramat mereka iaitu “kera tidak membunuh kera”. atau lebih tepat mereka tidak akan menganiayai sesama jenis mereka/beruk. Pasukan beruk ini juga bersenjata, seperti tombak. Mereka berburu naik kuda. dan mereka juga menguasai bahasa manusia selain menggunakan bahasa isyarat sesama mereka. walaupun mereka masih tergagap-gagap, tapi mereka memahami.
 Sementara itu, kononnya manusia pada masa itu bertahan hidup di dalam runtuhan bangunan dan ada bersembunyi dibawah² terowong keretapi bawah tanah dan terowong air. Setelah kehancuran jutaan manusia akibat serangan virus 'ALZ-113 , tak pernah lagi ada kisah perjumpaan antara dua spesies yang saling bermusuhan itu. tetapi kehidupan yg aman golongan beruk ini mulai pun bermusuh semula akibat pertemuan kembali antara kera dan manusia. mereka sepakat untuk berdamai, namun perdamaian itu tidak bertahan lama.
Caesar yg masih lagi menebal perasaan sayang kepada manusia kesan dari jagaan dari masa silamnya yang amat rapat dengan tuannya walaupun tidak dizahirkan tetapi tindak tanduknya yang membiarkan sekumpulan manusia yang memasuki kawasan kubu beruk untuk menghidupkan hidro eletrik membuatkan KOBA yang amat membenci manusia terasa amat marah. KOBA bertindak memasuki kawasan kubu perlindungan manusia, dan menghuru harakan serta merompak senjata kepunyaan manusia, dan dengan kebencian kepada Caesar juga, Koba cuba membunuh ketuanya itu dah menfitnah kejadian itu adalah dari perbuatan dari manusia. Ini membuatkan golongan beruk amat marah dan mula menyerang manusia. Kini kedua kubu berada di ambang peperangan untuk memutuskan siapakah spesies paling dominan di atas Bumi.

2 comments:

Jari Manis said...

Agak2 berapa bintang utk citer ni

sukaxplo said...

JM
lupe lak nak letak bintang yek hihihi..
bintang : 7.5/10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...