Followers

22 July, 2014

Nak raya belaka

Rasanya, sebilangan dari kita dah takde mood nk bekerja dah. Semua dah fikir pasal raya. Hari bila nak balik..apa yg nak bawa balik...dengan siapa atau apa nak balik beraya..baju raya dah ok ke..kereta dah servis ker...semua berlegar dalam fikiran ..iye dokk...

Macam aku pulak, persoalan besarnyee...boleh balik beraya kerr...huhuhu...kerja di tempat yg ada kepentingan negara nih..taggungjawab sememangnya amat besar. Nasib baik punyai wife yg faham dan tau camner tugas sang suami.
Setelah berdiskas dgn gengs yg lain, kebetulan sorang staff bukan muslim maka tak dapat tidak aku terpaksa kerja malam 2 malam berturut2 di malam raya 1 dan ke 2. Bermakna, selepas jam 6pm aku kene bergerak dari pahang terus ke opis dan pagi esoknya seleops jam 9am bergerak srmula ke kampung

Persoalannya: nak guna evo ker si kuning?? Hihihi

10 comments:

Cikgu Norazimah said...

betul tu, student pun mcm takde mood nk beraya, sibuk duk bercerita pasal raya ;)

sukaxplo said...

CN
tu la kann...cuti sekolah start sabtu kann

Eye_nee said...

Evo..power..Kuning pantas...Tapi Yg penting..Jgn pandu laju2..Ingat lah org yg tersayang...Iklan ini dibawakan khusus buat semua gengs..hahaha..

sukaxplo said...

Eye_nee
terima kasih gens atas ingatan. Moga ada perubahan .ada org nak gantikan kerja..kalau boleh takmo kerja hari raya tuh...huhuhu

gadisBunga™ said...

keje malam raya?

sila bagi alamat, gB nak hadiahkan tisu sekotak.

hihihi~

kakyon said...

ramai yg kata takde mood raya tahun nie..termasuklah akak..kenapa agaknya ye..

Jari Manis said...

tiap2 tahun mcm ni ke PohCik...PENGSAN!!..tapi kerja mlm raya ok lagi..kalau kerja hari raya mmg meraung kat situ x boleh pergi solat hari raya aidilfitri..huhuh

sukaxplo said...

GB
hakhakhak..takpe, bilik tugas adalah kebal..takde lagu dendang perantau mesti tak basah punyer...heehee

sukaxplo said...

Kakyon
sbb banyak berita sedih kak...harap2 hiburan2 dalam 'TV' tahun ni kurang atau takde langsung..kumandangkan ayat2 suci al quran lagi baik

sukaxplo said...

JM
alhamduliLLAH tahun ni ada sorang non muslim, so malam saja takde staf ..pohcik kene turun

tahun lepas, pohcik keje raya pertama, tapi lepas solat sunat aidilfitri n bermaafan baru pohcik pecut. tapi tahun lepas takde big problem macam tahun nih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...