Followers

26 July, 2014

Sabtu : seperti biasa lee

Kalau tiba aje musim perayann, tak kira raya sape pon...cine, india, melayu...maka kita akan tahu jalanraya satu negara akan hadapi kesesakan yg amat teruk. Tanpa perancangan yg betul, maka menghadap jammed la nampaknya....huhuhu
keadaan semasa, jammed ke utara
keadaan semasa, jammed ke timur
keadaan semasa, wasap dari member yg lekat dalam jem
wasap dari sedara; berjam² lekat dalam jammed
selain itu, pastikan kenderaan kita dalam keadaan amat baik. tayar diisi angin, minyak penuh tangki, duit tol cukup, makanan & minuman ada dalam kenderaan, bagi yg ada anak, pastikan susu mencukupi, bantal & tilam ada dalam kenderaan. Dan yang penting..niatkan dalam hati perjalanan ini adalah kerana ALLAH swt. 

jangan ikut kenderaan depan terlampau dekat, dan jangan gunakan gajet canggih anda sewaktu kenderaan bergerak. pastikan semua pancaindera anda juga dalam keadaan baik & sihat. sekiranya mengantuk, bagilah co-pilot utk memandu sekiranya tiada, adalah lebih baik cari tempat selamat utk berhenti & tidur sementara.

semoga perjalanan kita semua selamat dan terhindar dari malapetaka ~nauzubiLLAH~. Ingatlah orang tersayang dalam kenderaan & yang menunggu kita di destinasi ditujui, Pandu Cermat Jiwa Selamat.. !!

Selamat hari Raya; maaf zahir & batin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...