Followers

17 July, 2014

Tip Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang

Fuh...2-3 hari ni kecoh dengan kes seorang perempuan belaku kurang sopan dengan seorang tua di negeri kelahiran ku, kalau dalam facebook, tweeter atau pon whasts up dan medium yg lain videonya sudah jadi viral..
oleh itu pakcik nak bagi tips sket sekiranya ini berlaku kepada diri kita, isteri kita, adik  beradik kita atau sape sapa lah..

salah satu kartun sindiran yg belegar2 di facebook

Tips Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang.
**********************************************

1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas. 

3. Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda. 

Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam. 

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td. 

5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.

6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain. 
huhuhu gelemer peugeot putih

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu. 

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda. 

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus. 

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti. 

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran. 

13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang2. . 
sindiran lagikk
Patuhilah undang2 yg tlh ditetapkan!
credit kawan baik pohcik :
Salkukhairi bin Abdul Sukor
 (Peguambela & Peguamcara)

8 comments:

Eye_nee said...

tak menjadi kesalahan ke kita minta dia tunjukan kad pengenalan dan lesen memandu tu geng....minta secara berhemah dan sebaik yg mungkin kan geng..kalau dia tak bg..baru kuar stering lock yer...hehehe...

sukaxplo said...

hehehe
seram dengan pasal streng lock tuh, mesti naik harga stereng lock jenis tu :)

CekWa said...

Glamer tul cdm25 . Ada la hikmahnya utk dia...

Jari Manis said...

Terima kasih pohcik kongsi tips ni, baru lah Jm tahu. Jm pernah kena langgar lari oleh india bermotor mana sempat nk d bawa berbincang huhu sedih pegi bengkel melayang Rm700

sukaxplo said...

CekWa
yup..kita doakan yg terbaik utknya. Skrang kita pon kene jaga baik tingkah laku n perbuatan kita. zaman makin canggih, dinding & siling pon boleh bercakap n melihat skrang nih..hehehe..

sukaxplo said...

JM
sama-sama. takpe la JM..asalkan JM selamat, kalau kluar karang ntah apa yg jadi, sebaiknya JM dapatkan no plet n terus ke balai polis buat report :)

kakyon said...

alhamdhulillah..telah lebih 30 tahun memandu..tak pernah lagi org langgar belakang. minta dijauhkan..

sukaxplo said...

Kakyon
alhamdulillah..mintak dijauhkan apa yg tak elok utk kita semua...amiinn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...