Followers

26 August, 2014

Cheah kuang lee

Baru kenal dan bertugas bersama tak sampai setahun. 21hb yg lepas adalah hari terakhir dia bertugas bersama. Berhenti disebabkan mahu sambung belajar di universiti malaysia perlis unimap. Walaipun ada sedikit kegusaran dihatinya untuk memilih samada teruskan pengajiannya secara fulltime atau terus bekerja dan belajar separuh masa..dia akur pilihan familinya.  Kini sorang lagi sahabat dan teman sepermainan mainan gajet pejabat sudah pergi...moga beliau sukses dgn apa jua bidang pilihannya.

25 August, 2014

Belakang tabir

Seharian di hari kenduri perkawinan adik pada 23hb hari itu amat memenatkan fizikal dan minda. Seawal jam 7pagi dah bertungkus lumus menyediakan sarapan utk petugas gotong royong yg hadir jam 8 pagi. Al maklumlah petugas semuanya sudah berumur, yg muda semua berhijrah ke kota dan tak dapat balik disebabkan baru bercuti hari raya. Maka makcik2 dan pakcik2 yg hebat dahulu kala ini tidak dapat melakukan tugas dgn pantas disebabkan faktor usia mereka. Satu tugasan seperti mengupas kentang dan menyiang keladi sahaja makan masa dekat 2jam. Akhirnya penumisan ayam yg kami telah goreng malam semalam dibuat pada jam 12tengahari. Nasi dimasak oleh kakngah saya sebanyak 10 periuk besar eletrik dan pinggan mangkuk dibasuh oleh saya dan wife. Nasib baik lauk pauk gulai kerbau dan nenas saya kontrakkan pada abg ipar masak dgn AJK suraunya  RM3500 juga harganya... Tetapi yg peliknya bab bungkus lauk pauk dibawa balik jam 2pm mereka dah siap² dah dan terus balik apabila tetamu dah habis meninggalkan kerja-kerja yg masih lagi berbaki,fikir postif : mungkin nak kejar solat zuhur nanti datang balik..tetapi hampee ohh jiranku....ngeeeee.....apapun terima kasih juga pada mereka...kalau tiada mereka tak meriah la dengan borak borak mereka semua ..

24 August, 2014

Sukan Adam

Setelah selesai menguruskan kerja kerja di rumah mak dan abah kami bertolak balik pada awal pagi ke kl kerana adam perlu hadir ke sukan pada pagi hari Ahad kalau tak datang karang kesian pulak kat dia, sebab berminggu-minggu dia bercerita berkenaan dengan sukaneka berkenaan. Jam 7.30 pagi kami dah tercegat di padang SKSB2 tetapi malangnya sukan bermula jam 10pagi disebabkan permulaan majlis yang terlewat, sepatutnya jam 7.30 (mengikut jadualnya) dah bermula tetapi jam 8.30 baru majlis bermula. Seeloknya pihak pengurusan sukan sekolah mempercepatkan ucapan alu aluan dan mengkordinasikan agar sukan dpt berjalan serentak agar ramai murid tidak berpanas. Juga dif2 yg berhormat cepatlah hadir ke upacara sebegini agar tiada yg menuggu anda utj mendengar anda berucap.

23 August, 2014

Kenduri besar

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah. Jamuan makan bermula jam 12pm tetapi tetamu sudah datang seawal jam 11pm oleh itu mereka dijamu dgn kuih muih dahulu. Pengantin sampai pukul 1.15pm. Tetamu dihidang dengan nasi putih, ayam masak merah, gulai batang keladi, acar timun dan gulai kerbau serta pembasuh mulut adalah bubur kacang.

22 August, 2014

Akad nikah azie

Maka, Pada pukul 5pm debgan sekali lafaz akd nikah, selamatlan wan nor azimah dan muhammad faizal menjadi pasangan suami isteri. Akad nikah dilakukan oleh kadi ust ahmad badawi di masjid Jengka 12.

Beli barang

Hari jumaat 22hb Ogos ikut abah ambil ayam 150kg dan barang2 basah lain di pasaraya Jerantet. Ayam dapat rm5.99/kg. Barang basah lain habis dekat rm300 lebih.

20 August, 2014

Manja

Bilamana lambat balik sket dari opis dan dia dah sampai kt rumah, dia akan call bertanyakan bila nak sampai ke rumah hamoir setiap hari. Dah pandai guna hp mamanya ..pakai video call pulok tuh hahaha. Org kata hargailah sebab dia besar sedikit lagi dia dah tak mahu dah buat semua itu..peluk cium gurau gurau dgn mak abahnya....kalau boleh aku nak selalu macam tuh...huhuhu

19 August, 2014

Planning

Utk cuti sekolah bulan september nanti. Cuti sekolah seminggu bermula dari 13 hingga 21hb September 2014. Planning dah dibuat utk menjelajah belah barat daya..hihihi..insya Allah,  kalau cuti lulus n ada pulus boleh menbolus..muahaha

18 August, 2014

Open house: rumah sendiri

Kebetulan ada bacaan yaasin muslimah. Terus buat makan makan sket.panggil pon org yg dekat2 dan kawan2 yg kebetulan nak datang beraya.

16 August, 2014

Openhouse : sekolah adam

Sekolah adam buat openhouse. Semalam lagi selepas balik sekolah lagi dia bagi peringatan kt abahnya yang dia mahu pakai baju melayu siap samping sebab kat sekolahnya ada buat hari raya katanya. So, pukul 2.30pm tadi pon sampailah hajatnya utk berhari raya bersama cikgu cikgi n kawan2nya...
ustazah kesayangan Adam

15 August, 2014

Pelikat pants

Dah lama cari
Tapi tak terbeli2
Jalan di uptown
Terjumpa
Terus Beli
Harga RM60
Hihihi

13 August, 2014

Majlis perpisahan

INi kali ke 5 dalam tahun nih jamuan perpisahan dibuat. Sebelum ni sudah 4 org staff muda yg berhenti..kakitangan yg berhenti bukan disebabkan sudah pencen atau sakit  apa, cuma disebabkan kakitangan tersebut bekerja secara kontrak dah lama dijanjikan permanent tetapi tak dapat-dapat. maka kelima-limanya berhenti dan mencari kerja yg lain menjamin kehidupan mereka. moga mereka berjaya dan cemerlang di tempat baru kerana mereka sebenarnya adalah pekerja yang bagus dan berwawasan tetapi sayangnya mereka tidak dapat tempat di hati pengurusan..dengar2 ada lagi sorang nak berhenti selepas ini...huuhuhu

12 August, 2014

Bunga kantan naik harga II ?

Lanjutan dari entry yg lepas ramai yg bgtau mmg betul bunga kantan dah kurang n naik harga melampau di sekitar bandaraya n bandar di seluruh negara. Kalau makan laksa pon bungan kantan dah tak letak. Sebaliknya di pekan2 dan kawasan kampung bunga kantan masih lagi dgn harga murah.
Oleh itu hari Ahad lepas wife singgah rumah moyang Adam kutip bunga kantan dan anak2 benih tanaman lain utk ditanam di rumah sendiri.


updated
member baru beli kt pasaraya Kota Damasanra

11 August, 2014

Nak Makan Beger

Alhamdulillah pagi tadi sempat buat brekpes n bekalan Adam ke sekolah. Dah 3 hari dia minta belikan beger tapi malam tadi cari beger jual tepi jalan tu tak jual pulak. Last2 mamanya beli bahan2 nak buat beger; ayam, tomato, salad dan mayonis maka pagi tadi abahnya la memasak utk anak teruna sorang ni utk je sekolah.
Say No tu Beger McD, Say Yes to MCAbah

10 August, 2014

Ahad:jalan jalan cari barang

Lagi 2 minggu majlis kenduri kahwin adik akan berlangsung. Hari ni, pergi beli barangan dan peralatan 'kering' di pasaraya cowbow Temerloh. Barangan seperti tisu, pinggan, cawan polistren, plastik2, sirap dan lain2 lagi. kalau beli kat pasaraya biasa harus mahal. semalam habis jugak dalam RM300++. rasanya semua barangan dah cukup. Cuma tunggu nak beli barangan 'basah' pulak pada minggu akhir minggu depan. 
setelah penat berjalan-jalan. kita soru pulok
Adam & Tokkie, nampak dek cucu lain harus jeles

09 August, 2014

Bungan kantan mahal?

Kecoh dalam minggu ni, bunga kantan naik harga. Sebenarnya bulan puasa hari dulunsah bunga kantan ni naik harga, al maklumlah ramai yg naik buat laksa gunakan ia. Tapi...ada satu cerita yg aku dengar bunga kantan nih dah dijadikan bahan utk minyak wangi kalaulah betul siap2 yg ada tanah kosong tuh boleh la tanam bunga kantan utk Industri tuh boleh kayooo ooo
nasib baik wife ada jugak tanam bungan kantan kt rumah. boleh la nak makan sendiri² tuh. PBR belum lagi bermula, semaksamun blkg rumah yang ditebas hari tu dah naik semula & panjang. Ingat lepas habis kebizian ni nak mula tanam sikit2 dulu pokok2 yang senang tumbuh & petik hasil :).

Updated:
tadi gugel berkenaan minyak wangi & bunga kantan terjumpa lak web ni
http://minyak.aroma.my/minyak-pati/minyak-pati-bunga-kantan

08 August, 2014

Petai menjadi ..

Jeruk. Yaaa...itulah yg dibuat oleh my wife...hihihi. sebelum tuh otw dia balik dari kerja tadi, dia dah whats up nak beli petai yg dijual dpn kem paya jaras sg buloh tuh. Dari semalam sebenarnya kesungguhannya nak membeli petai kt situ tetapi ada kesulitan. Hari ni impiannya tercapai lah...ingatkan dia nak makan atau buat goreng pedas campur ikan bilis..rupa2nya nak buat jeruk petai. ..hihihihi..

07 August, 2014

Open house : Opis Punyer

Alhamdulillah..apa yg dirancang berjalan dgn lancar. Anggaran kehadiran hampir 600orang tetamu makanan yg disediakan mencukupi..hihihi.

06 August, 2014

OpenHouse 1 : opis

Esok, insya ALLAH akan diadakan 'open house Office'. seperti biasa sejak 7 tahun yang lalu meneruskan tradisinya, pihak kompeni akan buat majlis secara bergotong royong sesama kakitangan seawal jam 7 pagi dengan bermulanya mengisi pulut dalam buluh untuk melemang, dan mengadun bahan² untuk mendodol. Jamuan makan akan bermula selewat² jam 12 tengahari dengan hidangan kambing golek ditempah khas dan digolekkan di situ jugak beserta nasi tomato, nasi minyak, kuih muih, dan pelbagai makanan lagi yg ditempah dari katerer terpilih. Tetamu pula ada dari pelanggan, vendor, supplier, kakitangan HQ & region & bekas² kakitangan yang pernah berkhidmat dengan kompeni.
gambar tahun lepas
Diadakan juga cabutan bertuah dan sesi berkaraoke. selalunya cabutan bertuah adalah untuk pelanggan kompeni rasa teruja & gembira. Semoga perjalanan majlis hari esok berjalan baik & lancar. insya ALLAH


.:.gambar diedit menggunakan apps didapati dari http://www.fotor.com/

05 August, 2014

Sudah panjang

Rumput dah panjang. Last potong bulan may 2014. Sekali dgn bersih dan buang pokok liar menjalar rm100 utk tanah sekangkang baby kera nih.

Survey alat grass trimmer paling murah RM150 dijanakan oleh eletrik. Pemotong rumput yg pakai minyak pulak paling murah rm300. Ermmm....nanti diskas ngan wife nak yg mana satu ataupun upah aje kt bangla pwmotong rumput tuh. Huhuhu

Sekolah

Semalam hari permulaan persekolahan. seperti biasa setelah seminggu honeymoon maka buku-buku & peralatan sekolahnya beterabur ntah ke mana huhuhu. Semasa balik dari kuantan hari tu, sempat singgah di pasaraya "CowBoy' kat Gambang. Pasaraya ni ada menjual barang² secara borong. kt situ, aku beli borong pensel warna & pensel tulis. harga satu kotak pensel warna tu dalam RM1 sekotak kalau tak silap berbanding beli di Mydind dalam RM1.60 paling murah utk sekotak kecil. Memandangkan pensel warnanya kerap 'habis' sewaktu di sekolah.. Semasa pergi sekolah semalam jugak, diberikan duit untuk beli buku latihan sekolahnya yang baru memandangkan buku lamanye dah jadi 'belacan' bak kata Syafika :)


04 August, 2014

Raya ke 7 : balik kl

Sepanjang berhari raya, alhamduliLLAH banyak pekara menarik berlaku. Dapat melawat sedara mara dan berjalan jalan bersama famili tersayang.  Hari Ahad 3hb, berangkat baliklah kitaorang ke home sweet home. AlhamduliLLAH tiada kesesakan di haighway karak. Berhenti beli ikan patin dan Talapia di Temerloh dan teruskan perjalanan balik. Dalam 2 jam lebih, sampai ke destinasi. Bersiap utk masuk kerja petang pulak....hihihi

03 August, 2014

Raya ke 6 : kenduri di Beserah Kuantan

Dua Sepupu perempuan saya kahwin sekali. Bacaan nikah pada malam sebelumnya. Kenduri persandingan diadakan di Pelangi beach resort balok kuantan. Moga bahgia hingga akhir hayat.

02 August, 2014

Raya ke 5: ke kuantan


penginapan di homestay
di rumah mak sedara kt sg lembing
ke kuantan kite

01 August, 2014

Altel : laju jugak

Sejak semalam guna line Altel utk ber'online' memang tidak menghampakan. Berbanding dgn line celcom, line Altel lebih bertenaga walaupun aku melayari internet & berblog di kawasan pendalaman daerah Triang Pahang nih. Walaupun line broadband ini di'share' dgn 3 user still boleh tengok yutiub tanpa buffering. ..

So rasanya line celcom itu akan di'stop'kan dulu penggunaannyer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...