Followers

25 August, 2014

Belakang tabir

Seharian di hari kenduri perkawinan adik pada 23hb hari itu amat memenatkan fizikal dan minda. Seawal jam 7pagi dah bertungkus lumus menyediakan sarapan utk petugas gotong royong yg hadir jam 8 pagi. Al maklumlah petugas semuanya sudah berumur, yg muda semua berhijrah ke kota dan tak dapat balik disebabkan baru bercuti hari raya. Maka makcik2 dan pakcik2 yg hebat dahulu kala ini tidak dapat melakukan tugas dgn pantas disebabkan faktor usia mereka. Satu tugasan seperti mengupas kentang dan menyiang keladi sahaja makan masa dekat 2jam. Akhirnya penumisan ayam yg kami telah goreng malam semalam dibuat pada jam 12tengahari. Nasi dimasak oleh kakngah saya sebanyak 10 periuk besar eletrik dan pinggan mangkuk dibasuh oleh saya dan wife. Nasib baik lauk pauk gulai kerbau dan nenas saya kontrakkan pada abg ipar masak dgn AJK suraunya  RM3500 juga harganya... Tetapi yg peliknya bab bungkus lauk pauk dibawa balik jam 2pm mereka dah siap² dah dan terus balik apabila tetamu dah habis meninggalkan kerja-kerja yg masih lagi berbaki,fikir postif : mungkin nak kejar solat zuhur nanti datang balik..tetapi hampee ohh jiranku....ngeeeee.....apapun terima kasih juga pada mereka...kalau tiada mereka tak meriah la dengan borak borak mereka semua ..

5 comments:

Jari Manis said...

kenapa x upah catering mmg penat klau buat sendiri tp meriah kan. Mana gambar pengantin :-)

sukaxplo said...

JM
mulanya nak upah full catering, tapi memandangkan orang kamppong mahukan juga gotong royong maka dibuat 50-50.

Cikgu Norazimah said...

masak sendiri mmg penat, tapi puas hati sbb merapatkan hubungan silaturahim ;)

Myra Jay said...

Biasalah bila dah dapat berborak kan, tu yang panjang masa diambil..
Tapi part membungkus tu memang diakui, cepat sedia..hehee :)

Jane said...

kenduri kat kampung memg meriah dgn sedara mara n orang kampung lg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...