Followers

17 January, 2016

Al Fatihah untuk Badrul Halmi Jamaluddin



jam 7.45 terima panggilan hp dari Akhyari sewaktu aku masih di Jengka.
 "che mang, ko tau bad meninggal?"
"bab? (ada sorang kawan kerja bernama bab jugak..
"bukann,,,bad...badrul."
"InnaliLLAHiwainnailaihirojiunnn...bileeee (terasa sebak)..."
"pukul 2 pagi tadi,,,dekat rumah die,,,,bangi..nanti kebumi kat jerantut...ok lah,,aku nak call orang lain.."

Termenung aku...terus terbayang-bayang wajah arwah dari sejak mula ku kenal semasa melapurkan diri untuk bekerja di tkt 6, Wisma Semantan KL pada tahun 16 Julai 1997. Arwah seorang yang peramah dan suka gelak, disenangi oleh semua kawan-kawan.

tahun 2004-hingga tahun 2007, aku dah arwah dapat duduk satu bilik semasa sambung study di MMC ambil kelas yang sama setelah aku desak dia belajar sama dengan kursus aku..dan semasa projek akhir kursus jugak, aku dan arwah juga adalah partner..

Arwah telah meninggalkan isteri yang masih berpantang 21 hari anak ke2 nya dan anak sulong perempuannya baru saja menyambut birthdaynya semalam yang ke 3 tahun. arwah di katakan sesak nafas dan meninggal semasa tidur.

Moga arwah tenang di sana..al fatihah untukmu sahabat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...