Followers

29 February, 2016

Jalan-jalan: muar

Sabtu 27hb berjalan tanpa planning ke Muar johor. Perjalanan dari rumah selepas zuhur dan sampai ke destinasi memakan masa 3 jam setengah. Highway plus hari tu sesak berikutan  banyak kenderaan arah selatan kemungkinan ramai yang balik ke kampung selepas dapat gaji.

Pencarian hotel berdasarkan gps sahaja kerana tidak banyak pilihan. Dapat hotel berdekatan dgn Sungai iaitu Hotel River Side.

22 February, 2016

Tmbikers : open table & bkt melawati Ks

Semalam 21hb Februari 2016, tauke kedai makan pecal & hana yg juga geng2 tmbikers telah membelanja makan tengahari di restoran mereka yg baru dibuka sebulan yang lalu.

restoran yang terletak di No 17 Taman Sg Kapar, Jln Sg Kapar Indah Klang (opposite Sk Sementa) menyajikan makanan yang best di area Klang nih; antara masakan yang boleh dapat di restoran ini antaranya adalah; Mee Kari (biasa, ayam, kerang, Udang & Ketam) berharga diantara RM4~RM12). Chicken Cop, lambChop, Sizzling Hot Plate (Yee Mee).

Pada hari tu kami juga dihidangkan dengan Mangga pulut mabelesss..


Melihat aksi spesis monyet berebut makanan
geng yang suka bergambar
beraksi di depan restoran Pejal & Hana Jalan Sg Kapar Klang

20 February, 2016

XPLO Tasik Chini

Eksplorasi ke Tasik Chini tanpa perancangan awal. Semuanya main redah sahaja. Tanpa dapat akses internet untuk menggunakan khidmat maps. Melalui jalan kampung dan hutan, Tasik Bera - Felda Mayam - Felda Terapai - Tasik Chini. Melalui jalan kelapa sawit yang hanya di taburi batuan kerikil sungguh mencabar. Dedebu berterbangan langsung tidak mencacatkan pemandangan menghijau.


Sebaik tiba di perkarangan resort Tasik Chini, kami di sajikan dengan pemandangan yang sangat cantik tetapi sedikit sunyi. Kerana tidak ramai yang berkunjung ke sini. Selepas berurusan mendapatkan kunci chalet, kami meneroka  alam di persekitaran resort. Kami memilih chalet yang paling hujung dan sunyi menghadap pemandangan tasik.


Pemandangan jeti ini sangat cantik dan mendamaikan. Bot kecil berlabuh di sini menunggu pengunjung yang ingin meneroka jauh sekitar tasik. Kami membuat keputusan untuk menyewa bot keesokan pagi.

Peta panduan lokasi  menarik untuk dikunjungi di Tasik Chini

Tambang bot


Serius cakap, pemadangan Tasik Chini sungguh mendamaikan dan memukau mata. Rasa sejuk melihat kehijauan dan bunga2 teratai mekar melata di permukaan tasik.

Bunga teratai ini sungguh besar dan wangi.


Keesokkan pagi, petugas di resort menghubungi pemilik bot untuk membawa kami meronda di sekitar tasik. Malangnya kami tidak punya banyak waktu untuk meneroka keseluruhan tasik dan pulau2 yang terdapat di sini. Kami memilih untuk mengunjungi Kampung Cendahan. Sebuah perkampungan kecil orang asli di sini. Hanya beberapa biji rumah sahaja yang terdapat  di sini. Melihat cara kehidupan mereka. Mereka menghantar anak2 bersekolah di luar. Menaiki bot untuk ke tanah besar. Pelbagai jenis akar kayu yang mereka jual di sini dengan harga berpatutan. Dan juga peralatan tradisional juga ada dijual.


sumpit


Slow loris atau kongkang.. comel kan dengan matanya yang bulat bersinar. Bulu menggebu. Ini adalah binatang peliharaan salah seorang anak tempatan kampung ini. Sedap memeluk dia ni macam peluk teddy bear.


Jom xplo Tasik Chini... pemandu bot bawak bot macam kat litar sepang. Dia akan bawa kita melihat keindahan dan keunikan tasik.. SubhanAllah cantik sungguh alam ciptaan Allah.

menunggu matahari terbenam.

Teratai


Kalau ada rezeki dan peluang, akan diulangi ekplorasi Tasik Chini.. Kerana banyak lagi tempat yang belum sempat di tinjau.

19 February, 2016

Mulakan hari ini

Aaaaaminnn..

17 February, 2016

TMBIKERS: Cross Border, 5D4N KL-Hat Yai-Kohsamui. (6-10hb Februari 2016)

ni kali ke 3 ikut ride crossborder. kali ini hantar Adam ke kampung temerloh kebetulan cuti CNY & sekolah seminggu. Perjalanan bertolak dari rumah selepas solat Subuh berkumpul di RNR Rawang. Disebabkan  hari sabtu 6hb tersebut adalah hari pertama permulaan cuti CNY & cuti sekolah maka kesesakkan lalulintas di PLUS highway ke utara amatlah teruk.

Rombongan bermotorsikal yang disertai 22 biji ber'cc' 500-1200cc manakala seramai 8 pemboceng/pillion ini akan terus ke hatyai untuk menginap semalaman di Hatyai. Di hatyai seramai 10 buah motorsikal akan ke Koh Samui manakala 12 buah lagi telah menginap semalam lagi sebelum balik keesokkan harinya.


Tidur  semalaman di Red Planet Hotel Hatyai

barisan rider & pillion



Ringkasnya, perjalanan bermotosikal melebihi 2,000 km ini terasa amat BEST dan mengisafkan kerana dapat berkenalan dengan lebih ramai orang dan dijadikan kawan. penjelajahan ke negara jiran ini juga dapat kenal akan diri kita dan mengenal budaya dan cara hidup manusia di sana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...