Followers

01 March, 2016

Jalan-Jalan: Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Mencari Hotel di Bandar Muar tiada masalah kerana banyak hotel-hotel yang boleh didapati. homestay pon banyak. setelah check in hotel, mandi, solat kami bersiap untuk keluar makan. 

biasanya makanan yang di cari muar adalah mee bandung kerana 'famous' tetapi kami mencari ikan bakar. berpandukan garmin tidak dapat menunjukkan lokasi yg tepat di mana ada restoran ikan bakar di Muar. akhirnya perjalanan susur sungai kami bertemu juga dengan satu tempat makan iaitu medan ikan bakar Sabak Awor. rupa-rupanya medan ikan bakar ni amat popular di Muar..hihih katanya medan ikan bakar ini jauh lebih selesa berbanding Medan Ikan Bakar Umbai Melaka..ye ker..lama dah tak ke umbai :) 
Berdekatan medan ikan bakar ini adanya menara tinjau mengadap Sg Muar.

apa yang best kat medan ikan bakar Sabak Awor ni

-harganya sangat murah dan segar-segar
[RM65.50 untuk kami ber3 makan ikan bakar saiz sederhana besar, tomyam campur, 1kg kerang bakar, telur dadar, fresh oren, 2 milo ais, air kosong ]

-kawasan makan luas, tak berlaga kerusi orang belakang kalau nak keluar  :)

- bersih dan makanan cepat siap / 15-20minit menunggu

-datang jam 6 petang orang tak ramai, jam 7 orang ramai tunggu makanan

- ada apek jual jambu RM10/sebungkus, manis dan segar



sotong goreng tepung, pelbagai masakan utk ikan pon ada (gambar google)


kerang bakar biasa /kerang bakar berlada, kupang (gambar google)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...