Followers

20 February, 2016

XPLO Tasik Chini

Eksplorasi ke Tasik Chini tanpa perancangan awal. Semuanya main redah sahaja. Tanpa dapat akses internet untuk menggunakan khidmat maps. Melalui jalan kampung dan hutan, Tasik Bera - Felda Mayam - Felda Terapai - Tasik Chini. Melalui jalan kelapa sawit yang hanya di taburi batuan kerikil sungguh mencabar. Dedebu berterbangan langsung tidak mencacatkan pemandangan menghijau.


Sebaik tiba di perkarangan resort Tasik Chini, kami di sajikan dengan pemandangan yang sangat cantik tetapi sedikit sunyi. Kerana tidak ramai yang berkunjung ke sini. Selepas berurusan mendapatkan kunci chalet, kami meneroka  alam di persekitaran resort. Kami memilih chalet yang paling hujung dan sunyi menghadap pemandangan tasik.


Pemandangan jeti ini sangat cantik dan mendamaikan. Bot kecil berlabuh di sini menunggu pengunjung yang ingin meneroka jauh sekitar tasik. Kami membuat keputusan untuk menyewa bot keesokan pagi.

Peta panduan lokasi  menarik untuk dikunjungi di Tasik Chini

Tambang bot


Serius cakap, pemadangan Tasik Chini sungguh mendamaikan dan memukau mata. Rasa sejuk melihat kehijauan dan bunga2 teratai mekar melata di permukaan tasik.

Bunga teratai ini sungguh besar dan wangi.


Keesokkan pagi, petugas di resort menghubungi pemilik bot untuk membawa kami meronda di sekitar tasik. Malangnya kami tidak punya banyak waktu untuk meneroka keseluruhan tasik dan pulau2 yang terdapat di sini. Kami memilih untuk mengunjungi Kampung Cendahan. Sebuah perkampungan kecil orang asli di sini. Hanya beberapa biji rumah sahaja yang terdapat  di sini. Melihat cara kehidupan mereka. Mereka menghantar anak2 bersekolah di luar. Menaiki bot untuk ke tanah besar. Pelbagai jenis akar kayu yang mereka jual di sini dengan harga berpatutan. Dan juga peralatan tradisional juga ada dijual.


sumpit


Slow loris atau kongkang.. comel kan dengan matanya yang bulat bersinar. Bulu menggebu. Ini adalah binatang peliharaan salah seorang anak tempatan kampung ini. Sedap memeluk dia ni macam peluk teddy bear.


Jom xplo Tasik Chini... pemandu bot bawak bot macam kat litar sepang. Dia akan bawa kita melihat keindahan dan keunikan tasik.. SubhanAllah cantik sungguh alam ciptaan Allah.

menunggu matahari terbenam.

Teratai


Kalau ada rezeki dan peluang, akan diulangi ekplorasi Tasik Chini.. Kerana banyak lagi tempat yang belum sempat di tinjau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...