Followers

20 April, 2017

Dinosaur Planet Bangkok

24 Mac 2017.

Selepas menjamu selera kat restoran Usman Yama, kami ambil keputusan untuk balik naik bts aje. Stesyen bts yang paling hampir dengan restoran Usman Yama adalah Stesyen Phrom Phong. On the way ke stesyen bts kami terserempak dengan planet dinosour. Ups alamak bonus untuk Adam ler ni..


Jalan Sukhumvit.. lokasi restoran Usman Yama dan planet dinosour.


Arca hitam di samping arca putih.


Alamak terserempak pulak dengan planet dinosaur.


Ada t-rex tersesat dekat stesyen bts Phrom Phong.


Setelah membuat muka manja ala2 comel gitu akhirnya Adam berjaya melembutkan hati abah untuk membeli tiket dinosaur ni. 


Teknologi yang sangat canggih dan nampak real. Itulah pandangan mata dan fikiran kami. Apa yang mereka hasilkan ini sangat berbaloi dengan nilai baht yang kami bayar. Puas hati masuk dalam planet dinosaur ni.










4 jam berada di dalam planet ni, masuk masa hari tengah cerah terang benderang. Dan keluar waktu malam gelap gelita. Kami sangat berpuas hati dengan hiburan yang kami dapat ini. 

17 April, 2017

Restoran Usman Yama di Sukhumvit Bangkok

24 Mac 2017.

Kami plan nak makan tengahari di restoran Usman Yama. Naik grab dengan jalan yang sangat jem di Bangkok ni. Sejam baru kami sampai kat lokasi yang di tuju. Dengan bayaran grab sebanyak 200 baht. Jom kita cari kat mana restoran Usman Yama.


Grab berhenti kat tepi jalan berpandukan jalan yang kami beri. Maka kami bertanya kepada peniaga2 kedai si sekitar untuk mencari restoran usman.


Berhampiran jugak dengan marriot hotel ni... Masa ni masih mundar mandir mencari lokasi restoran.


Kemudia kami ternampak signboard warna kuning kat seberang jalan tu. 


Ikut aje signboard tu.


Jumpa jugak akhirnya..


Di dalam ni warga Malaysia sedang menjamu selera.


Hepi sangat tu..





Makanan kat sini memang terbaik.. Semua sedap2.. Selesai makan kami tompang solat di sini.. Selesai aje kami bertanya kepada pekerja restoran stesyen bts yang terdekat. Ingat nak balik naik bts aje.. Tak mahu naik grab dah sebab tak tahan dengan trafik jam.



Suraunya sangat bersih dan selesa.

13 April, 2017

Chocolate Ville Bangkok

23 Mac 2017.

Disebabkan pemandu tak nak bawak kami pergi ke hobbit hill atas faktor masa. Maka dia bawak kami ke chocolate ville ni di tengah kota Bangkok. Sebuah restoran terbuka yang luas berkonsepkan taman mini kecil ala disneyland. Tempat ni dibuka bermula pukul 4.00 petang setiap hari. Ramai pelancong datang bergambar sebab suasana di sini sangat cantik.. Layan gambar jeklah.. 












Selepas meneroka chocolate ville dalam 30 minit kami minta pemandu hantar kami ke hotel.. Kerana cuaca petang tu sangat panas dan kami sangat kepenatan. Sampai hotel pukul 5.30 petang kami mandi solat dan berehat...

Makan tengahari di Samut Songkhram mabeles

23 Mac 2017.. 

Selepas berpusing2 mencari makanan halal.. Akhirnya kami singgah di restoran seafood..  Semua makanan sedap2.. Harga 1890baht... pengsan..

tomyamnya ada campur santan




siakap goreng

sotong bakar

12 April, 2017

Mae Khlong Railway Market in Bangkok

Masih lagi 23 Mac 2017.

Selepas selesai berperahu, kami lari semula ke Mae Khlong Railway Market aka train market. Market paling bahaya dalam donia ye.. Bukan sebab nak shoping buah kundang tapi sebab nak tengok keretapi lalu.. Jom..


Berkerut dahi hahaha.. sian panas sungguh kat Bangkok ni. Panasnya macam kat Kolumpo jugak. Ni stesyen keretapi Mae Khlong.. Dari kota Bangkok naik keretapi kat stesyen Hua Lamphong dan boleh datang ke sini jugak.



Menunggu keretapi dengan penuh kesabaran. Takper penantian pasti berbaloi.


Ni pulak jadual perjalanan keretapi.. Time siam.. Simpan kemas2 kalau nak tengok keretapi lalu kat market ni lain kali..


Sewaktu kami tiba, semua canvas dan khemah dah siap2 di angkat untuk bagi laluan kepada keretapi. Semua dah ready kecuali awek rambut blonde berseluar hijau tu.. Masih berani melintasi rel. 



Dah mula kelihatan kepala keretapi.. Keretapi ni baru sahaja bergerak dari stesyen di hujung sana. Jadi perjalanan keretapi sangat perlahan. Slow2 jugak tapi jangan cari pasal nak lintas rel. Slow yang boleh mengundang padah.





Orang tengah sibuk rakam keretapi lalu.. dia sempat selpie.. Ok ini adalah kenangan paling berharga.. Takkan mungkin berulang banyak kali,


Keretapi tu lalu betul2 di atas barang jualan...


Sebaik sahaja keretapi berlalu, peniaga cepat2 menarik keluar semula khemah perniagaan mereka. Dan urusan jual beli berjalan seperti biasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...