Followers

10 April, 2017

Damnuen Saduak Floating Market

23 Mac 2017.

Setelah gagal untuk melihat keretapi lalu merentasi pasar. Kami buat keputusan untuk ke floating market. Terbayang2 makanan enak2 di floating market Hatyai.. Sebenarnya perut sedang kelaparan.


Selepas melakukan tawar menawar, kami setuju naik bot ni dengan bayaran 1500baht untuk sejam setengah punya perjalanan meneroka sungai. 


Floating market yang agak jauh berbeza dengan hatyai. Menyelusuri sungai kecil yang sangat membosankan. Ok seronok jugak dapat cuci mata melihat pemandangan yang cantik. Sambil angin sepoi2 menyapa di pipi.


Kemudian bertemu gadis2 manis menjual pelbagai barangan. Tapi masih tidak berjumpa makanan. Mintak pemandu bot bawa kami kepada makanan halal. Tapi pemandu bot tak paham.


Berselisih dengan pengunjung lain yang menunjukkan raut wajah kebosanan jugak.


Kemuadian kami bertukar menjadi excited. Bila tiba di suatu tempat yang sangat sibuk. Terlalu banyak bot pelancong dan juga bot penjual pelbagai jenis makanan.


Jem.. jem.. semuanya nak cari makan tu..


Dah nampak penjual makanan... mari kita cari lagi yang lain2.. yang lebih menarik.


Macam2 makanan ada di jual... tapi tiada yang halal.. maksudnya tiada peniaga muslim yang berniaga makanan di sini. 


Walaupun kami tidak dapat makan makanan halal di sini. Tetapi kami dapat mencari pengalaman baru.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...