Followers

10 April, 2017

Kecewa di Bangkok

23 Mac 2017.

Bangkok mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Memandangkan kesemua tempat2 menarik ni lokasinya jauh antara satu sama lain.. Atau jaraknya memang jauh dari Kota Bangkok, kita kena plan betul2 agar semua lokasi idaman dapat di kunjungi. Salah plan memang ada tempat yang terpaksa digugurkan dari list. Seperti kami terpaksa gugurkan Hobbit Hill dari list kerana kesuntukan masa.


Kalau ikutkan list kami di atas ni, sepatutnya Hobbit Hill yang terletak di Alpaca Hill kami listkan sebagai list yang paling atas sekali atau list pertama kami sepatutnya pergi.


Jarak dari Bangkok ke Alpaca Hill 172 km. Travel dengan kereta ambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit.


Jarak dari Alpaca Hill ke Samut Songkhram pula dalam 126km. Travel dengan kereta lebih kurang 2 jam.


Jarak dari Samut Songkhram ke Bangkok pula 79km. Travel dengan kereta lebih kurang 1 jam setengah camtu.


Memandangkan kami pestime ke Bangkok dan kurang mengerti selok belok perjalanan di Kota Bangkok, tetapi apa yang kami research In Sha Allah kami dapat jejaki. Kami menyewa kereta dan pemandu untuk tempoh 12 jam punya travel. Dengan kadar bayaran 2500baht. Agak mahal kan tapi kami sekeluarga sangat selesa. Itu yang penting sebab kami bawak anak. Kereta camry sangat selesa dan menyejukkan penumpang belakang dengan cuaca panas membahang di Bangkok ni.


Pemandu yang rancak berborak. Berborak dengan kami yang sama2 menggunakan broken english. Bantai sajalah asalkan masing2 paham. Masa ni time management sangat penting sebab kita hanya ada lebih kurang 10 jam - 12 jam sahaja untuk menggunakan perkhidmatan beliau.

Yeay market train was here
Disebabkan kami terlebih excited untuk melihat pasar di atas landasan keretapi atau market train, maka kami minta dia bawak kami ke Samut Songkhram dulu. Ini satu kesilapan besar bila mana kami fail time management. Takperlah semua sudah tertulis kan. Dan pengalaman di market train ni adalah pengalaman paling berharga yang pernah kami saksikan.


Betul2 di atas landasan keretapi. Mulanya agak cuak dan tertoleh2 takut tiba2 keretapi datang sedangkan kami tak bersedia untuk lari. Seronok melihat macam2 barang perniagaan yang mereka jualkan.







Hampir sejam berjalan2 di atas landasan keretapi, tapi kami tidak melihat kelibat keretapi....  kecewa :(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...