Followers

04 April, 2017

Kembara backpack Ke Bangkok menaiki keretapi bersama anak kecil

21hb Mac 2017.

Tajuk panjang.. Kali ni kami nak mencuba mengembara secara backpack dengan menaiki keretapi. Bermula dengan menaiki komuter di Sungai Buloh. Kemudian naik ETS di KL Central dan kemudian naik Keretapi Thailand ke Bangkok di Padang Besar. Kurang 2 minggu segala persiapan kami buat secara drastik dan settlekan semua. Seminggu sebelum bertolak, kami dok skrol pc research tempat menarik di Bangkok. Sehari sebelum bertolak kami membeli megi, biskut, roti sebagai bekalan dalam perjalanan. Beli secukupnya jangan terkurang jangan berlebih.


Tiket ETS di beli secara online. Boleh pilih seat, koc & masa. Kalau nak selesa pilihlah seat yang di hadapan atau belakang sekali. Ada ruang luas dan lebih selesa. Tandas pun dekat. Nak menonton movie pun depan mata aje.. Kalau nak koc yang berhampiran surau atau cafe, pilihlah koc C. Alang2 dah ada surau tu, solat jamak terus bila masuk waktu. Bila dah sampai ke destinasi nanti tidaklah terkejar2 ye. Surau tu boleh muat 2 orang solat serentak. Siap dengan tempat wuduk, sejadah, telekung dan kompas. Kerusi plastik juga disediakan bagi mereka yang solat sambil duduk.

plug point di bawah seat untuk caj handphone.. bukak aje penutup plug tu..

Perjalanan dari KL ke Padang Besar lebih kurang 5 jam. In Sha Allah ETS sangat menepati waktu. Jangan risau ye. Snek ringan berupa 2 jenis biskut dan sekotak air milo akan diedarkan kepada penumpang sebaik keretapi bergerak. Walaupun ETS melarang membawa makanan luar, masih ada kelonggaran. Bolehlah bawa makanan sendiri. Pastikan kita menjaga kebersihan ye. Kalau nak bawak bekal nasi goreng tu, janganlah makan sampai berterabur. Dicafe ada jual makanan.. Bolehlah beli kat sana. Dalam tempoh 5 jam perjalanan ni kompom kita akan alami rasa lapar. Pergi aje kat cafe dan order sahaja makanan yang ada dijual.

Kami beli tiket perjalanan pukul 10.40 pagi dari KL Sentral. Ingat kalau nak ke Bangkok hari yang sama ini adalah waktu terakhir anda booking tiket ets ye. Atau beli ikut waktu yang lebih awal seperti jam 9.00 pagi atau 8.00 pagi. Kalau anda beli tiket ETS pukul 11.30 pagi, melepas peluang nak naik keretapi ke Bangkok pada hari yang sama.. Kenapa? Nanti saya ceritakan..

Lower bed full.. you take upper.. upper.. upper.. camtulah dia cakap kepada kami.. Sebagai menyahut cabaran newbie backpackers kental, kami setuju..

Kami tiba di Padang Besar pukul 4.00 petang. Lepas bertanya serba sedikit kepada pekerja ktmb di sana, kami bergegas lari ke kaunter tiket keretapi Thailand. Semua hal berkaitan cop passport & dokumen di imigresen Malaysia & Thailand dan juga pembelian tiket keretapi mesti di lakukan sebelum 4.15 petang. Kerana semua kaunter yang disebutkan ini ditutup pada pukul 4.15 petang. Ingat tu, sebab tu kami sebutkan kat atas tadi kalau nak travel pada hari yang sama, sila naik ETS dari KL selewat2nya pukul 10.40 pagi..

Tiket kami.. 2 dewasa 1 kanak2 semua sekali berjumlah THB2240.. sila convert sendiri kalau nak tahu jumlah dalam RM

Mula2 pergi cop passport dulu di kaunter imigresen Malaysia. Kemudian minta borang putih dengan pekerja Thailand atau di kaunter Thailand, kalau ada spare isi siap2. Dah settle isi borang putih tu (white card), beratur di kaunter imigresen Thailand untuk cop passport dan white card berkenaan. Sebaik siap semua hal cop mengecop ni cepat2 lari ke kaunter tiket keretapi Thailand. Kaunternya kat sebelah aje. Bagi passport dan sebutkan destinasi ke mana kita nak pergi. Pembelian tiket berkomputer ye.. Jangan kacau atau ajak penjual tiket berborak, biarkan dia tekun buat kerja dia.. Masa berjalan menuju jarum 4.15 petang. Pastikan dah tukar duit siap2 ye.. Pembelian tiket keretapi dalam mata wang baht. Perjalanan keretapi dari Malaysia (Padang Besar) ke Bangkok berkuat kuasa pada tahun ini hanya sekali sahaja dalam sehari. Iaitu pukul 6.30 petang. Dan hanya dari Padang Besar sahaja.


order nasi goreng paprik.. nyum nyum punyalah sedap abis diet...

Selesai urusan pembelian tiket, bolehlah kami meregangkan badan sekejap. Kalau belum solat lagi bolehlah solat dulu sementara tunggu keretapi tiba. Kami dah solat siap2 di dalam ETS. Di stesen ktmb padang besar ni ada foodcourt kat tingkat 2. Naik aje kat atas dan boleh makan malam siap2.. Makan malam awallah kekdahnya.. Orang Padang Besar baik2 no. Sebungkus nasi goreng boleh makan 2 orang. Punyalah banyak. Makan kenyang2 ye.. Sebab perjalanan kita ni 18 jam nak sampai ke Bangkok.. Banyak kali kelaparan nanti. Toksah ngade2 nak diet sangat. Jangan lupa beli air mineral botol besar kat sini.. Kami beli 3 air mineral botol 1.5liter sebagai bekalan dalam keretapi nanti.

Excitednya adam nak naik keretapi. budak2 biasalah kan.. kita kena banyak sabar dan pastikan anak2 selamat ye.

Keretapi 3 gerabak hala ke Bangkok tiba pada pukul 6.00 petang. Jangan berebut, masuk gerabak ikut pada tiket kita tu. Kami pilih upper berth (upper bed) yang berhampiran tandas.. Senang nak pergi tandas nanti. Plus sinki dan plug point pun berdekatan tandas tu.

Suasana dalam keretapi sebelum seat ditukar menjadi katil

Gerabak yang kami duduk pada awalnya kosong. Hanya kami sahaja di dalam tu. Jadinya bebaslah kami menjelajah tanpa rasa was was.. Hepi sangat tau sebab impian nak travel dengan keretapi tercapai juga akhirnya walaupun last minute plan.

Sebaik tiba di Hatyai gerabak keretapi di sambung lagi menjadikan keretapi lebih panjang.. Mungkin 10 gerabak, mungkin 15 gerabak.. Kami tak dapat nak kira sebab gerabak terlampau panjang dan hari sudah gelap. Ramai penumpang naik di Hatyai dan memenuhkan gerabak di sini.. Jadi sila behave dan murah dengan senyuman. Lagi baik kalau bermulut manis kerana di gerabak ini hanya kami bertiga sahaja warga Malaysia berbangsa melayu. 
ready to sleep.. 

Pukul 8.00 malam waktu Malaysia petugas keretapi menukar kerusi menjadi katil. Cadar dan sarung bantal baru lagi bersih di pasang. Selimut bersih juga di bekalkan. Boleh guna tanpa rasa was was ye. Upper berth tu tidak berpagar. Hanya dipasang 2 safety belt seperti dalam gambar. Pesan kat adam jangan tidur lasak sangat. Bimbang jatuh ke bawah. Alhamdulillah dia tidur lena dan tak lasak.

Assalamualaikum mama... Good night sweet dream..


Sebaik sahaja kerusi semua siap ditukar menjadi katil.. Langsir di tutup. Keadaan terus bertukar menjadi senyap sunyi. Gerabak yang ber aircond sejuk dan kurang bunyi rel menyebabkan semua penumpang tidur dengan lena.. Di buai mimpi indah kerana tidur dalam keadaan terbuai2..

plug point

Didalam gerabak kami tiada tempat khas untuk bersolat.. Kami berwuduk di sinki dan tandas yang disediakan. Solat jamak maghrib, isyak dan jugak solat subuh sambil duduk ditempat pekerja keretapi.. Manakala isteri solat duduk di atas katil tanpa memakai telekung.. Berpakaian dan bertudung biasa dan menutup kakinya dengan selimut.. Langsir ditutup agar tidak dilihat penumpang lain.

22hb Mac 2017.

Pukul 4.00 pagi kami gerakkan Adam.. Suruh dia pergi kencing kat tandas. Risau pulak kalau dia terkencing di atas katil.. Confirm meleleh kena orang bawah jika dia terkencing di tempat tidur. 

Bangun pagi gosok gigi kat sinki.. Kalau bangun lambat kena beratur tunggu giliran nak gosok gigi.. Sinki ada 2.. Tak yah mandilah sebab sejuk plus tandas sempit benor.. Kang badan masih bersabun air pulak habis.. Kan naye tu.. Tak pun tengah syok mandi, buatnya pilot brek mengejut tak pasal2 tersembam ke tandas..  ewwww... Hahahha

seronoknya jalan2 sebab boleh makan megi sepuasnya..

Pukul 8.00 pagi keesokkannya kami minta petugas keretapi menukar katil yang kami tidur kepada kerusi. Pagi tu bancuh megi ajelah dengan makan roti bekalan dari KL.. Ada cerek elektrik kepunyaan peniaga dalam keretapi. Kita boleh pinjam cerek dia dengan syarat guna air kita sendiri. Sebagai balasan budi bahasa anak melayu kami beli secawan teh panas 3 in 1 dengan beliau..

Peniaga tempatan banyak yang lalu lalang menjual makanan. Tapi kami was was sama ada ianya halal atau tidak. Jadi baik jangan ambil risiko.

panjat tangga untuk naik katil atas (upper berth)

Bayangkan dari pagi terlalu banyak masa kami yang terluang.. Perjalanan masih jauh.. Kami berpeluang merayau dari gerabak ke gerabak. Manakala Adam pula kami arahkan dia duduk setempat jangan merayau ke mana-mana.

pintu pembahagi antara gerabak.. memang terbuka macam ni

Seronok2 juga, jangan sampai lupa diri. Berhati2 semasa merayau dalam gerabak keretapi yang sedang bergerak.

scene yang sangat cantik sepanjang perjalanan. Ini gerabak yang tidak ber aircond. Kerusi yang tidak boleh di tukar menjadi katil. gerabak perjalanan jarak dekat.

selpie
Nak selfie macam ni boleh.. Kena berhati2 dan jangan menggedik sangat. Kalau boleh jangan sampai keluarkan badan dari tingkap sebab sangat merbahaya. Baru2 ni ada kes mat saleh jatuh dari keretapi semasa sedang selfie keluar tingkap. Dan jangan sesekali ajak anak2 selfie macam ni.. bahaya okay..

warga tempatan yang menjual makanan dari gerabak ke gerabak


Warga tempatan yang menjadi jiran seat kami. Kami menuju ke lokasi yang sama. Iaitu sama2 akan turun di Stesyen Hua Lampong Bangkok. Dia mahu menyaksikan anaknya lawan bola sepak di Bangkok iaitu Junior Football Championship Thai lawan Saudi Arabia.

strawberry yang manis ni dia yang beli dari peniaga yang bergerak dalam keretapi dan bagi kepada kami.

Kuih ni pun dia beli jugak dan bagi pada kami.. Maaf kami tak dapat nak makan. Sebagai balasan kami bagi choki2 kepada anak beliau... Oh ye choki2 tu sebagai bekalan tenaga sementara ye kalau travel jauh dan waktu makan tak menentu..

Stesyen Hua Lampong Bangkok

Tepat pukul 12.30 tengahari waktu Thailand. Kami selamat sampai di Bangkok.. Seronoknya hanya Allah yang tahu.. Syukur segalanya dipermudahkan. Perjalanan sangat lancar. Lebih 24 jam travel bermula dari Sungai Buloh ke Bangkok... 5 jam dalam ETS..  18 jam dalam keretapi Thailand. Kami alami trainlag selama beberapa jam sebaik sahaja touch down Bangkok.. Lantai dan jalan tar yang kami pijak rasa bergoyang2.

Next stage.... Cari makan di Kota Bangkok.. pukul 3 petang baru lunch tau.. pagi makan megi jek... Lapar lapar...


mencari kepala keretapi tapi tak jumpa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...