Followers

12 April, 2017

Mae Khlong Railway Market in Bangkok

Masih lagi 23 Mac 2017.

Selepas selesai berperahu, kami lari semula ke Mae Khlong Railway Market aka train market. Market paling bahaya dalam donia ye.. Bukan sebab nak shoping buah kundang tapi sebab nak tengok keretapi lalu.. Jom..


Berkerut dahi hahaha.. sian panas sungguh kat Bangkok ni. Panasnya macam kat Kolumpo jugak. Ni stesyen keretapi Mae Khlong.. Dari kota Bangkok naik keretapi kat stesyen Hua Lamphong dan boleh datang ke sini jugak.



Menunggu keretapi dengan penuh kesabaran. Takper penantian pasti berbaloi.


Ni pulak jadual perjalanan keretapi.. Time siam.. Simpan kemas2 kalau nak tengok keretapi lalu kat market ni lain kali..


Sewaktu kami tiba, semua canvas dan khemah dah siap2 di angkat untuk bagi laluan kepada keretapi. Semua dah ready kecuali awek rambut blonde berseluar hijau tu.. Masih berani melintasi rel. 



Dah mula kelihatan kepala keretapi.. Keretapi ni baru sahaja bergerak dari stesyen di hujung sana. Jadi perjalanan keretapi sangat perlahan. Slow2 jugak tapi jangan cari pasal nak lintas rel. Slow yang boleh mengundang padah.





Orang tengah sibuk rakam keretapi lalu.. dia sempat selpie.. Ok ini adalah kenangan paling berharga.. Takkan mungkin berulang banyak kali,


Keretapi tu lalu betul2 di atas barang jualan...


Sebaik sahaja keretapi berlalu, peniaga cepat2 menarik keluar semula khemah perniagaan mereka. Dan urusan jual beli berjalan seperti biasa.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...