Followers

07 April, 2017

Thai Cool Market di MBK Mall Bangkok

22 Mac 2017.

12.30 Tengah hari sampai stesyen keretapi Hua Lamphong. Akhirnya dapat tengok kepala keretapi. haha..


Pertama kali sampai kat Bangkok. Mestilah rasa asingkan. Adam excited nak naik tuk tuk. Oklah jom kita naik tuk tuk walaupun bakal kena ketuk. Jarak dari stesyen keretapi ke Asia Hotel dalam 2.9km aje. Tapi takde mana lah nak jalan kaki sambil pikul beg. Camnilah backpackers acah2. 200 baht caj untuk ke hotel. Jadi kami demand jugaklah, mintak drebar tuk tuk berenti kat 7e kami nak beli simkad. 


Selesai urusan check in, mandi, solat dan berehat sebentar. Kami nak pergi cari makan. Lapar sungguh dah ni. Bukak maps cari halal food. Kami jalan kaki beberapa km, merentasi sungai Chao Phraya dan akhirnya kami sampai ke MBK mall.. Harap2 ada lah makanan halal kat sini.


Kat bawah ni ada food court. Thai Cool Market. Jom kita cari makanan halal dengan penuh rasa yakin.


Selepas pusing2 berkali2 kami buat keputusan untuk makan kat sini. Ada tanda halal tu. 




 Mi sup apa tah namanya. Memang sedap. Daging dan bebola tu segar sangat.. nyum nyum.


Smoothies ni sedap sangat.. Segelas 50baht aje.


Cekodok ni mahal. 200 baht.


Lepas makan, perut dah kenyang dan berat. Kami dah tak larat nak jalan kaki. Ambil keputusan untuk balik naik bts aje. 


Dah siap beli tiket, Adam cakap dia sakit perut. Lawas minum smoothies 2 gelas. Dalam stesyen bts takder tandas. Terpaksa berlari semula masuk ke MBK mall... Tandas dalam mall cantik dan bersih tapi takder paip air dalam tandas. Terpaksalah tadah air sinki. Nasib baik bawak botol mineral. Selesai bersuci barulah naik bts balik hotel. Kami tukar 3 train utk sampai ke hotel.


Beratur naik train yang ke3.  Sebenarnya dekat aje. Tapi sebabkan train yang naik kat bts stadium tak lalu hotel. Tu yang kena tukar train lain. 


Malam tu pulak kami berjalan kaki mencari lokasi perkampungan muslim. Dekat area Masjid Darul Aman. Adam dah tidur penat sangat travel jauh.


Murtabak ayam Bangkok... Sedap... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...